PETALING JAYA: Akhirnya teka-teki tentang perkahwinan aktres Ayu Raudhah, 25, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, terjawab apabila pasangan ini memilih tarikh 20 Januari 2011 untuk diijabkabulkan.
Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.
Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Pasangan ini dilaporkan telah rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya.
Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.
Ayu dan Zaquan telah menghadiri kursus perkahwinan pada awal Ramadan lalu.
Teka-teki tentang tarikh perkahwinan Ayu dan Zaquan mula tersebar sejak September lalu.
Kredit to mStar online
PS: semoga ada jodoh mereka, semoga keluarga kedua-dua pasangan merestui hubungan suci mereka…amin
5 ulasan:
akak . zila tag akak juga :)
nak tahu juga mengenai akak :)
zila...
adeh....malu nie...hehehehe..
terima kasih sayang
restu orang tua penting..kalau tak takde keberkatan dlm hidup..=)
jadi, moral of the story, wahai ibu bapa..kalau anak2 tu dah suka sama suka..dan org yg dipilih tu baik..bg je green lite..=)
kalam hati..
setuju..walau apa pun kebahagian terletak ditangan kita..kalau kita bahagia..sure keluarga tumpang suka
kalau keluarga tak restu payah juga...merana hidup...moga ada jalan penyelesaiannya
Siti Ruhayu: Semoga mereka berbahagia dan berpanjangan jodohnya....
Post a Comment