Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, October 22, 2010

Tak sayang menyayangi antara adik beradik ker?

Maut berebut alat kawalan jauh TV

22/10/2010 5:33pm

KUANTAN - Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata, seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu kepada mangsa.

Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

Menurut Mohd Haris, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.

Katanya ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah. – Bernama

Kredit to kosmo online

PS: aku dengar dan lihat di berita tv 3 8.00 malam tadi, apa yang aku rasa?....kasih sayang adik beradik dah lupus dek hawa nafsu sendiri…semoga menjadi iktibar pada kita semua….hargai adik beradik yang ada..

3 ulasan:

ab@h_Izz said...

tu yang kena sorok remote tu...tak pun biar kita(ibubapa) yg control...kalau saya yg pegang, semua kena tengok sukan la jawabnya..hi..hi2

Unknown said...

kalau saya pulak...ada sorang anak...kena lah mengalah..kartun memanjang..nasib baru 3 tahun..heheheh

ISZA said...

acah mengacah ni kadangkala memang membahayakan.. saya selalu bising ngan anak2 pasal perkara ni..