Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, October 31, 2010

biar hilang suami dari hilang anak sendiri......

Salam hujung minggu…

Hari ini berbelanjer pasar untuk bahan mentah lagi…………….kat mana?...

Di kipmart Saleng, Kulaijaya…

Sedap berbelanjer sambil layan umai yang asyik dengan vcd upin dan ipin, ada penyampaian Sijil untuk pelajar Pra Sekolah Peringkat Kulaijaya tahun 2010 dibooth pentas utama…

Seronok juga, dapat layan pelajar pra yang mempersembahkan pelbagai hiburan….aku dan umai pun turut goyang…hehehehehe

Wajah ibu dan abah pelajar pun ada, ada yang gembira dan ada yang kepenatan…mana tak penat?..entah-entah program dari jam 2 petang, sekarang dan jam 5.30 petang….layan anak yang berumur 7 tahun kebawah agak penat fizikal…maklumlah…dah cara kanak-kanak…suka lari dan berjalan tanpa henti…lagilah dikawasan terbuka, ada pelbagai bentuk permainan yang si kecil tertarik…

Tadi, ada juga ibubapa yang kehilangan anak kecil…terleka membetulkan pakaian jubah untuk si abang, si adik dah merayau ke mana-mana…nasib jumpa ko……….itupun tempat yang mudah..di kedai permainan…kalau hilang di colek orang? Oh…………kes nyaya…

Akibat dari peristiwa ini, ingin aku beri ingatan kepada aku dan sahabat yang ada anak-anak kecil….kalau kita sedang menguruskan sesuatu perkara…ingatlah anak kita….

Kadangkala kita mengharap pasangan kita yang menjaga si kecil kita, namun pasangan kita pula yang anggap si kecil ada pada tangan kita…..

Jangan gigit jari kalau si kecil hilang tanpa dapat dijejaki…jenayah dimana-mana….ambil langkah bijak…pasangkan alat pengesan kehilangan ker?, ikat tangan anak kita dengan tangan kita ker?…(biarlah apa orang nak kata….asal anak kita tak hilang)

Jadikan kes kehilangan adik nurin dan anak-anak kecil yang hilang tanpa berita sebagai sempadan…awasi anak-anak kita!!!

PS: minta dijauhkan kes macam ini…….ngeri……

12 ulasan:

IMANSHAH said...

takde anak dan takde suami

Lelord said...

btul....najlaa berdarah sket jek akak dah menangis beria2...kalau hilang...ya ampunnnn

Unknown said...

iman shah--
salam ziarah...hahahhaha...kena carikan calon untuk kamu....


kak lelord--
bukan tu jer, bila dia menangis kita bekejar macam tak cukup tanah..hehehehehe...sayang anak...

azieazah said...

Setuju dengan peringatan itu. Jika tidak yakin boleh jaga anak kecil sewaktu majlis yg padat dgn croud, lebih baik jangan bawa anak kecil yg lasak...

Tapi rasanya yg bawa tu, sebab tiada pilihan. Apapun jangan leka sebab anak kecil nak ilang, sekejap saja.

ISZA said...

salam ayu,
tu sebab saya dan suami saya tegaskan dulu siapa jaga siapa sebelum masing-masing ambil lain hala..

kadangkala terus telefon tanya anak ada dengan siapa kalau rasa was2

Kalamhati said...

anak adalah anugerah termahal Allah..hanya insan yang bernama 'ibu' yang tahu macamana perasaannya bila kehilangan atau anak tu sakit kan?

Unknown said...

kak azie--
sungguh...ayu kan pernah kena...ingat en zalie yang jaga.,rupanya pada adik ipar...
kami risau dah terbabas cari sampai mana2,,,,

serik sungguh....terus ingat sampai bila-bila kalau ke pasaraya..




cikgu isza--
salam malam ahad cikgu...

bagus juga cara cikgu tu...nanti ayu nak guna pakai lah..senang kalau sama-sama berbelanjer...kes macam ini dimana-mana walau sesaat pasti berlaku..
minta dijauhkan




kalamhati--
kak setuju..hanya yang pernah alami kes ini akan merasai kehilangan...
lagilah sakit....hanya allah yang tahu perasaan kami, sampai minta doa..biarlah kami yang sakit bukan anak....

eelobor said...

tak ramai yang ambil berat kes yg pernah menggemparkan negara tempohari. hnya kecoh sebulan dua jer, pastu masing2 buat mcm kes tersebut tidak pernah berlaku.

Unknown said...

eelobor--
setuju...kes hilang anak ibarat macam musim...hanya ambil berat bila dah musim menuai....

kita jaga hak kita, kita jaga insan yang tersayang..

insyallah

azzey said...

Siti Ruhayu: mmg x blh khayal klu bawak aank kecik ke mana2 ni...

kella said...

hmm... betul tu kak.. kena sentiasa berhati2.. jgn amik mudah je..

Unknown said...

azzey--
setuju...kena buat sesuatu..kak rasa nak belikan satu tali yang agak cantik..agar umai tak hilang disisi

dia cerdik...tak pernah nak jalan jauh...tapi, kena sediakan payung sedia hujan...bahaya


kella--
setuju...ambil berat..harta kita yang tak ternilai