Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, October 21, 2010

TV 3 kena kompaun akibat iklan raya `sinari lebaran`? si namewee pula?




Korang ingat lagi entry aku tentang iklan raya sinari lebaran yang menjadi kontroversi tahun nie?.. dan akhirnya tv 3 menarik balik siarannya?.... kalau nak baca klik sini..

Sebagai penyelesaiannya…..jom kita baca apa yang berlaku ….

TV3 dikompaun RM50,000 siarkan iklan 'Sinari Lebaran'

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri "Sinari Lebaran" yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, keputusan itu dibuat selepas SKMM menyiasat aduan orang ramai mengenai iklan itu mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) di Dewan Rakyat, di sini hari ini. Zulkifli ingin tahu tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan itu sempena Aidilfitri bulan lalu.

Tentang Namewee pula……


Kepada soalan tambahan Zulkifli mengenai rasional di sebalik ketiadaan tindakan pendakwaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee yang menghasilkan klip video kontroversi dan berbaur perkauman, Salang berkata kementerian itu sudah mengambil tindakan sewajarnya.

"Tetapi SKMM tiada kuasa untuk membawa ke mahkamah dan hanya boleh memberi siasatan kepada Peguam Negara. Itu terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan. Tetapi tidak boleh dikatakan kementerian tidak mengambil tindakan terhadapnya," kata beliau.


Terdahulu, Salang memberitahu persidangan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman menerusi media elektronik dan siber terkandung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kesalahan di bawah akta itu bukan hanya tertumpu kepada kandungan artikel yang ditulis dan disiarkan dalam laman-laman itu oleh pemilik laman atau penulis yang menghantar penulisan mereka ke laman itu.


"Malah, pengunjung yang melawat laman itu yang berinteraksi serta menghantar komen yang menyentuh agama dan perkauman juga adalah mereka yang melanggar undang-undang," katanya.-Bernama

Kredit to metro online

3 ulasan:

Unknown said...

kasi pengajaran sket~

azzey said...

Siti Ruhayu: selesai sudaaaaa.......

kella said...

memang tak suka sgt ngan iklan tu! terasa hati dgn tv3 buat cmtu, tp dah setel, ok la..