Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, January 10, 2011

Pelancong Warga Ireland Maut Digigit Dua Ekor Anjing

GEORGE TOWN: Seorang pelancong warga Ireland maut diserang dua ekor anjing jenis Mogul semasa dia bersama teman wanitanya sedang mengambil gambar di sebuah ladang Organik di Balik Pulau dekat sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zin berkata Sullivan Maurice, 50, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki, bahu, dada, pipi kiri, dagu serta kening, di samping putus telinga, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata Maurice meninggal dunia di tempat kejadian manakala teman wanita lelaki Ireland itu, yang merupakan seorang warga Poland berumur 28 tahun, tidak cedera.

"Lelaki itu diserang seekor anjing betina dan seekor anjing jantan milik pemilik ladang berkenaan. Kedua-dua pelancong itu dipercayai bermain dengan empat ekor anjing milik pemilik ladang tersebut semalam. Dua daripada anjing itu terbabit dalam serangan pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maurice berada di ladang itu atas jemputan pemilik ladang berkenaan, dan beliau menginap di penempatan homestay berhampiran.

Hatta berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat warga Ireland itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA


Kredit to mstar online


PS: agak-agak apa lah pandangan keluarga mangsa, tentang Malaysia???

7 ulasan:

aNa d'sKoDenG said...

eeii..takutnyaaa
dah la mmg penakut anjing...

Unknown said...

kesiankan..
sampai maut tu..

IMANSHAH said...

pernah sekali kena kejar anjing masa balik sekolah dulu

My MiRa said...

bahay la anjing2 nie....ishk...orang yang bela anjing ni tak reti nak ikat ke anjing die...kadang2 anjing die berkeliaran org nak lalu lalang pon susah..marah ni marah sbb pernah kena kejar ngan anjing hehe

sweetazezah said...

salam ukhwah tuan rumah...1st skali,terpk dlm paler sye,owner hanjing tuh,ade lesen x..?xda kalu,mau kasik jel sama dia..patotnye jgn d lepas bebas bla ade tetamu.lainlah klu hanjing tuh dah biase nengok tetamu tu mai ladang tuh hari2...

~~**ieta azri**~~ said...

takutttt.....ngerinyaaaaaaa....x patot langsung la tuan anjing tu...awat yg x ikat je anjing tu....dah la anjing tu spesis ganazzzzzzz.....

azzey said...

CITARASA RINDUAN; Agaknya mesti trauma keluarga mangsa tu