Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, January 6, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, akan bersara hari esok (jumaat 7 January 2011)

Salam..

Kalau dah bulan syawal dan ramadhan..saat yang paling kita nantikan sure pengumuman puasa dan raya…setuju kan?? Tak silap bila aku mula belajar berpuasa tahun 1989…aku dah kenal dengan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, penyimpan mohor besar raja-raja bagi pengumuman mula berpuasa dan berhari raya

Tapi, malam nie..aku terbaca tentang berita persaraan beliau..

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari, 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yangdi-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) JabatanPerdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA

Kredit to mstar online

PS: Wah….nampak gayanya..pasti raya mendatang dah hilang seri dengan ketiadaan beliau..Aku pasti, akan ada penganti yang baru…tapi..adakah sama dgn beliau..????

10 ulasan:

eelobor said...

hehehe, masa kecik2 dulu memang tercongak kat depan tv sebab nak dengar pengumuman raya. bila tengok muka dia sengih jer, mesti dalam hati kata, esok raya. hahaha, membesar dengan senyuman Engku Ibrahim setiap kali nak raya

Unknown said...

sama lah..siap ngan adik beradik suka taruh raya atau tak..

yang kalah..kena pasang lampu pelita raya...
hahahha...memory kan..

psst: tapi sure aku sedih dgn persaraan engku...

IMANSHAH said...

Salam Ayu

Saya nak apply ni..baru glemer sikit..setakat glemer di alam maya tak best!!wahaha

Unknown said...

salam abang shah
eik...cikgu shah..
eik.....bakal penyampai mohor besar Raja-raja...


cubalah...mana tau..ada rezeki...

bolehlah ayu habaq....tu dia blogger rock ibu yang dah glemour sekarang..
berjuta2 manusia tunggu keputusan puasa dan raya dari dia...hehehhehe

azieazah said...

Patah tumbuh hilang berganti..
Bila tiba masa berundur, pasti dia akan berundur memberi laluan kepada yang lebih berdaya mampu...

Semoga beliau bersara dengan penuh sejahtera dan diberi kesihatan yang baik.

syamimi said...

wa..pasti akan teringat nadanya dan suaranya semasa umum hari ry puasa kan...22 thun..is a long time..

Luqman Zakaria said...

thnx sebab follow blog arepnakbebel(ANB)..arep dah follow blog anda balik!

dieya said...

rasanya sejak pandai puasa penuh mmg wajah engku ni laa yg dinanti2 kan setiap tahun. nak pencen rupanya dia. sedih laa pulak.

nur said...

CR
sedih gak bila baca
harapnya pengganti dia pun best jugak la walaupun 4 kali setahun je kuar tv
ALL IN ONE

Unknown said...

pasni org lain la pulak ye