Assalamualaikum, salam petang isnin, sahabatku sekalian……
Baru balik dari kulaijaya, hantar en zalie ke klinik..kesihatannya agak terganggu…mungkin disebabkan semalam en zalie memandu mengharungi air banjir, wallahualam…setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
Selepas dari citarasa rinduan, terus ke klinik di kulaijaya….semasa isi minyak kereta…pekerja mobil ada sampaikan berita tentang paras air di jambatan sungai sayong dah dinaiki air, maka para guru-guru dan pekerja SAJ, pulang ke rumah masing-masing secepat yang mungkin…kesian mereka..ditambah lagi…kebanyakkan guru-guru di f sungai sayong, banyak yang menginap di taman Bandar tenggara, seperti blogger cikgu azreef, nak tahu kisah cikgu…sila klik sini.
*********************
Hujan memang tiada hentinya….tiada seminit atau lebih kampong kami dihujani air hujan yang lebat….dalam hati hanya tawakal dan doa semoga tidak berlaku bencana alam yang lebih dasyat seperti tahun sebelumnya,
Lagilah aku perniaga, perlu mencari bahan mentah untuk dibuah rencah sebagai penyedap masakkan…….
**********************
Setiba di Bandar kulaijaya, jem sana sini…dalam hati tetap amalkan zikir dan doa agar perjalanan kami sempurna, dengan renggekan yang keluar dari bibir en zalie menahan kesakitan, en zalie kalau tak berapa sakit, pasti dia tahan apa yang terjadi padanya…aku tahu hari ini dia tak boleh menyembunyikan kesakitannya lagi
Masuk ke klinik..en zalie terus di beri suntikan……, alhamdullilah..tika aku menaip entry ini,..en zalie dah mula tersenyum tandanya dia merasakan ringan terhadap sakit yang dihadapi, alhamdullilah….
Namun, hanya satu yang ingin ku kongsi dengan kalian, betapa sibuk dan egonya pemandu di jalanraya. Disana sini, kenderaan merata….tidak mematuhi undang-undang, hanya mementingkan diri sendiri…hingga lampu hijau mahupun merah tidak di endahkan…….
- Kalau nak diikutkan banjir?? Tak boleh ker, mereka bersabar dan sentiasa membantu antara satu sama lain,
- Kalau nak diikutkan jem akibat perayaan hari raya cina, tak bolehkan mereka bekerjasama dalam mematuhi setiap undang-undang bagi menyegerakan perjalanan mereka.
- kalau nak diikutkan jem di sepanjang tekong, berhampiran bangunan majlis Bandar kulaijaya, akibat kaum Buddha bersembahyang . Tiada perasaan budi bahasa kah mereka??
PS: Mana semangat 1 malaysia ????? kalaulah Malaysia aman, semestinya tiada kecelakaan mahupun bencana yang buruk berlaku kan ??? Kan ???
16 ulasan:
sabar lah ayu CR, begitulah sikap pemandu orang2 kita nie. geram & menyampah pun ade
tue la sikap pemandu yang kadang kala buat kita hilang sabar..
eelobor--
alhamdullilah, mujur ada blog..boleh luahkan dan berkongsi pendapat mahupun nasihat dr sahabat semua
syukur....terima kasih teman.....
(psst: nak ke citarasa rinduan...malam nanti aku blogworking ke rumah ko yer eelobor.)
amy--
sabar sekali masih okey..kalau berulang mereka buat kita??
kadangkala tak sangka, pemandu yang tiada budi kadagkala rapat dan jiran sebelah mata kan?
sabar ye kak...
itulah atitude pemandu kita...
klu kita tak ngalah,sape lg..
masih hujan di kulai kak?
Ayu..pernah lalu tak rumah D4o, felda sg sayung.
sabarlah kak.. ;)
meyh jemput sini..
http://black-roses92.blogspot.com/2011/01/perhatian-rakyat-malaysiamesir.html
salam kak,
igt lg pengalaman banjir 2006...
sy di BT terperangkap takleh ke mana-mana... nak ke kluang, jambatan ulu pengeli runtuh, nak ke kota banjir, nak ke kulai jambatan sayong tenggelam...
moga segala urusan kita dipermudahkan ye kak...
moga en zalie cpt sembuh!
kulai ada jln yg banjir ke kak?
Salam Ayu,
Kakak yg sakit hati kat bandar Kulai tu. paking kereta tepi jalan. Lampu hijau pun tak boleh lalu.... Sepatutnya ada 2 lane, jadi satu lane. Itu yg sebab jem makin teruk.
semoga en. zalie cepat sembuh..
kesedaran sivik pemandu jalanraya di negara kita memang gitulah, dalam keadaan seperti ini kita sepatutnya lebih bertimbangrasa dan bertolak ansur
tempat saya juga hujan masih belum berhenti tapi rasanya tidak mungkin banjir
assalamualaikum CR..
saya doakan kesihatan en zalie akan pulih spt sediakala
ayu kat sini pun hujan jerk ..
semalam dr subah ke suboh hari ni hujan jerk..
minta dijauhkan dr banjir..
susah kalau dh banjir ni..
kat temerloh ni pun hujan tak berhenti-henti ayu... takut juga mcm tahun 2007 banjir teruk juga ... rumah munna tak kena tapi kami terputus hubungan je sebab jalan keluar dah kena naik air banjir...
Ayu...sabar dn istiqfar bnyk2 semoga En Zalie sehat kembali...
hurm semoga orang2 johor bersabar ye..fenomena alam kan..jarang berlaku banjir bulan febuari dan januari ni
smoga semua baik2 aja~
Post a Comment