Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, January 7, 2011

Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal

Siti Nordiana

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

“Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Rosmunira (kiri) menyiram air mawar di pusara arwah suaminya yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu. Gambar: Utusan Malaysia

“Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

“Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.


Faizal Yusof

"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

“Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

“Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

“Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya,” katanya.


Kredit to mstar online


PS: syukur, setiap kejadian yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri………inilah keajiban Illahi………..alhamdullilah, ikatan mereka semakin kuat dan bercambah…….

14 ulasan:

ab@h_Izz said...

mungkin ada hikmahnya sesuatu tu terjadi kepada mereka...kita hanya merancang..

hysman said...

saye pasti kak, anak yg dikandung dlm perut rosmunira pasti jd anak yg paling disayang oleh rosmunira bila dianya lahir pesal itu saja yg dpt mengubat kerinduan rosmunira pd arwah..

wahida said...

sedih lak dgr berita ni...alhamdulillah, mereka dah berbaik..semua pun ada hikmahnya...
kesian kat baby dlm kandungan tu...

Aliesha Kirana said...

mmg ada hikmah disebalik sgl yang berlaku kn?smoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Ummi AmnaAmzar said...

ayu..betul ke ayu ek? ummi dah update citer part 3..nk bc jom la

http://amnaamzar.blogspot.com/2011/01/cerita-cinta-kami-part-3.html

ummi cari shoutmix xjumpe

Unknown said...

sedih nya T__T

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bergenang kelopak mataku ini

kella said...

takziah pada semua keluarganya..

yang hidup tetap kan pergi...

My MiRa said...

sedih kan hilang suami nak2 anak tengah membesar dan jugak bila tengah mengandung...takziah untuk mereka...;)

eelobor said...

hikmah di setiap kejadian...

Hazlin Nazri said...

ayu, Allah maha besar dan maha mengetahui segalanya..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Itu la kan Ayu... semua perkara kat dunia ni biarpun pahit, pasti ada hikmah di baliknya..

apdm said...

salam


ramai diantara kita hanya mahu melepaskan segala maaf setelah dia pergi, sedangkan semua itu untuk apa?

ejaescobart said...

ada hikmah di sebalik kejadian.. Allah Maha Mengetahui...