Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, January 2, 2011

Esok dah sekolah..kasut umai baru aku cari malam nie!!!

Selamat malam..

Agak lewat online malam nie…sebenarnya, selepas pulang kerumah,.dari citarasa rinduan, terus ke Bandar tenggara ( jauhnya 15minit dari kampungku, suatu kawasan yang sedang dibangunkan dengan pelbagai kedai samada pasaraya,keperluan, elektrik, perabot, kedai makan segera seperti KFC, marrybrown, dan lain-lain

Tujuan utama, hanya nak cari kasut sekolah umai…dengan badan yang agak penat disebabkan citarasa rinduan di hujani pelanggan..tetap gagahkan diri nak pilih kasut..

Akhirnya aku pilih kasut pallas, senang umai nak sarung, masa tahun lepas warrior, umai agak sukar nak pakai……dan akhirnya aku kena pastikan tiap-tiap kali pergi dan balik sekolah, aku kena sarungkan untuk umai…huhuhuhuhu

**********************************************************

Sebenarnya, kasut lama dah sempit…aku tak lah excited nak belikan keperluan sekolahnya…lagipun, umai nie dah nak masuk 2 tahun bersekolah (tabika…dia digelar pelajar tumpang sebab umurnya baru nak jalan 4 tahun untuk tahun 2011), tahun lepas pun boleh dikira berapa kali aku hantar dia bersekolah disebabkan en zalie tak berapa sihat.

So, baju seragam, beg, dan baju sukan umai…pihak tabika bagi free…hanya bayar RM15 untuk bayaran makan sebulan….(murah kan, aku tak payah bayar yuran atau lain-lain caj sekolah…??)



*** umai dah banyak kali merengek nak sekolah agama (dia tiak sekolah sebelah masjid), aku kasihankan jadualnya pasti padat…budak berusia 3 tahun 3 bulan…manalah larat nak sekolah pagi dan sekolah petang…..**** setuju tak pendapatku ini??? Jom kongsi pendapat..

*************************************************

Sebelum nak beradu, nak tidur awal…….

Nak ucap selamat menjalankan tugas kepada sahabat yang nak bekerja esok hari, jua yang ada anak-anak bersekolah..selamat memikul satu lagi tanggungjawab baru….

Yang pasti, aku akan kurangkan berblog….nak pastikan jadual sekolah umai dan semua tanggungjawab berjalan dengan sebaiknya …amin

All the best all my friends……………………….

****Maaf tak sempat terjag blog korang atau balas komen korang, yang pasti…aku akan mencari masa dan peluang untuk blogworking semula…terima kasih teman-teman…********

13 ulasan:

Kalamhati said...

selamat pergi ke sekolah ye umai..hehe rajin sungguh dia nak belaja..

tq sis..selamat beradu ye!

IMANSHAH said...

wah comel anak ayu, macam maknya..hehe

saya dah beli dah semua, dah lengkap..hehe

Unknown said...

terima kasih cikgu kalamhati--
itulah, budak tak ada geng kat umah, tu yang suka pi sekolah, tapikan ayu suka tak hantar dia kesekolah..kesian....hehehe


cikgu iman--
wah..gamaknya cikgu kita lagi bersemangat nak mengajar dari pelajar...

***selamat meenjalankan tugas kepada kedua2 blogger pengajar yer....*****

shahjiehan said...

wah2... sakan cik adik kecik tu bershopping~

Unknown said...

salam ziarah shah--
ginilah kalau ibunya sangat sibuk dikedai...kasut sekolah anak pun beli last minit...hehhe

ISZA said...

ayu,
betul tu..
yang along tahun satu ni pun letih..
inikan umai..
xcited lebih tu..

Unknown said...

cikgu isza--
salam berblog....
setuju juga dgn pendapat cikgu..
budak2 nie tahunya nak cari kawan..lupa kalau penat, kita gak yang letih nak uruskan depa..nak kejutkan depa...

budak2....sabor........

eelobor said...

hehehe, last minit baru nak terhegeh2... hahahahah, berapa pasang beli?

azieazah said...

Sebenarnya bersedia awal banyak kelebihan. Buffer time. Tapi anak baru seorang mungkin tak kalut sangat.

Anak seawal usia 3,4 tahun tidak wajar dipadatkan dan didesak sehingga mereka sendiri tidak mampu.

Untuk bersekolah agama pula sebelah petang secara formal mungkin membebankan, tetapi seeloknya boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan perlahan, samada sendiri di rumah atau mengaji sekadar 1,2 jam.. bukan sekerat petang sehingga meletihkan.

Terpulang bagaimana penerimaan anak itu sendiri.

hanifatyha said...

lasyear hasiff pun duk tumpang sek tadika sayong 2 bulan..hehe..dia suke sgt,mula2 dia ckp baik lah kwn nenek guru besar tue..tak lama tu,ish!garanglah kwn nenek..hahaha..welcome back to school umai!

Unknown said...

eelobor--
sepasang jer....ingat tamo beli sebab yang lama masih elok..tapi dah sempit...hehehe

Unknown said...

salam kak azie--
itulah..pasang niat tamo belikan apa2 sebab tabika nie semua free..tapi agak kesian lah bila kasut lamanya agak sempit..tu belikan

nie baru anak sorang..kalau ramai..ayu pensan agaknya

itulah yang merisaukan ayu..si umai nie nak sangat sekolah agama fardhu ain..

tapi ayu nak diamkan diri dulu..buat masa nie mmg dia belajar mengaji dgn ayu...

thanks atas nasihat kak azie..suka dgn kata2 kak....

Unknown said...

salam kak fatihah

itulah..hari nie umai dah dilantik jadi ketua darjah..sabor jerlah mak itam tu...a.k,.a cikgu maznah..

tahun lps dia baru 2 tahun lebih ayu langsung tak ada niat nak hantar kan dia sekolah..but. mak itam minta ayu hantar..sebab tiada pelajar..tu yang hantar jer

TQ kak faty