Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, January 16, 2011

Persenda Nama Arwah Bapa, Aznil Maafkan Zizan

Zizan memohon maaf kepada Aznil dan peminat atas keterlanjurannya menerusi Facebook.
PETALING JAYA: Pengacara terkenal Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.
Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.
Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.
Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.
“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.
“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.
Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.
Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut. KREDIT TO mStar ONLINE

13 ulasan:

azieazah said...

Begitulah sebaik perbuatan, memaafkan orang yang diyakini tidak sengaja dan tidak bernit melakukan kesilapan itu.

Tiada isu. Lumrah kita manusia biasa sering terlepas kata.

eelobor said...

bagus betul lah pak nil nih. bukan senang nak cari orang yang berfikiran terbuka mcm pak nil. salute ar.....

Kalamhati said...

profesional..patut dicontohi..=)

Idalara said...

Alhamdulillah..zizan pasti tk berniat langsung..tp tk sengaja dan aznil seorg yg sgt profesional...

Sham said...

zizan ni buat lawak kekadang sampai lupa dunia...tapi gentlela,dah buat salah kenala minta maap...

hysman said...

salam kak..
hukum karma...
dulu kita kena org maafkan..
skrg org kena, masa kita maafkan org..
manusia tak lepas dr buat kesalahan..
memaafkan adalah yg terbaik..
itu baru profesional..
;)

hentian said...

akibat lidah tidak bertulang. nasib baik adat perahu, boleh di tarik..

erienz said...

oklah sudah memohon maaf dan dimaafkan...

apdm said...

salam

kerana lidah hidup binasa :(

ummi_khalish said...

Maaf dan memaafkan sifat terpuji....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..tak patut dia buat cenggitu..bukan semua boleh dilawak kingkan huhuhuhh

wahida said...

selalu jugak saya dgr zizan ni asyik terlepas cakap je...mungkin dia x pasan...

azzey said...

Baguslah tu...saling memaafkan..:)