Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, June 24, 2011

MAHARAJA LAWAK AKHIR (Rumusan/KEPUTUSAN)





Maharaja Lawak musim terakhir pada 24 Jun 2011.., berlangsung secara langsung di Kuala Lumpur dengan cukup meriah sekali..

Pusingan pertama (BEBAS)

1.       Nabil – persembahan biasa sebagai salesman, namun diakhir pertunjukkan membuat kejutan dengan spiderman yang dibawanya selama 3 kali berturut-turut telah hidup.. peeh.. memang lawak, aku bagi 3.5 bintang

Juri Mamat Khalid kata.. nabil langkah ke hadapan

2.       Jambu- persembahan biasa-biasa, penonton kurang respon.. aksi kumpulan jambu tentang perlawanan antara perseorang thai dan perseorangan cina.. aku bagi 3 bintang

Juri ahmad Idham berkata.. kurang


3.       Sepah – Persembahan pencuri dengan tuan rumah. Persembahan mereka memang terbaik, penonton memberi respon yang paling mengalakan, ingat lagi aksi Jeb yang membawa watak ustazah?? Wah!!!!! Semput… aku bagi 5 bintang.. (ada mesej tersembunyi)

Juri Apek, bagi markah penuh…

4.       Jozan – Persembahan pencuri dalam muzium, aksi hang tuah (johan) memang melucukan.. kemelayuan tapi mesej yang disampaikan beliau terbaik,

Juri mamat Khalid berkata dipinggir kali, perlu ke bukit.. (maksudnya.. korang fikirlah sendiri)

Pusingan Ke 2 (MUZIKAL MOMEDI)

1.        Nabil – Ingat lagi aksi lalat musim ke 3?  Nabil bermain dengan piano, Kali ini  untuk persembahannya yang terakhir Nabil telah menyanyi.. menjadi ko……aku suka dengan liriknya

Juri Amad Idham kata.. dah lama tunggu aksi yang terbaik dari Nabil

2.       Jambu – persembahan mereka berlatar belakangkan zaman P Ramlee yang sangat lucu, gabungan persembahan digamatkan lagi dengan pelakon zila bakarin. Hahahha…. 
Sooorang Fun haku tak hamu….

Juri Apek berkata… tak payah fikir siapa yang champion!

3.       Sepah – persembahan mereka memang melucukan, kisah kekeluargaan bila si isteri (shuib) menghadapi masalah suaminya (jeb) tidak semesra dahulu.. Anak mereka (mamat) bernama BOBOY!!! Hahahhaha.. melucukan bila DAFI muncul!!!!!!!!! BAIK PUNYA…

Juri Mamat Khalid berkata.. makin lama makin menyengat.. abang dah betemu juara

4.       Jozan – Maeil lambong VS Ah Cai, perebutan kawasan… persembahan antara yang memang ku nantikan.. terbaik ko…  memang menghiburkan dan melucukan…

Juri ahmad idham berkata.. inilah muzikal komedi yang terbaik, dan inilah penutup ML yang terbaik






KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK  2011 ADALAH:-

RM 400,000.00 DAN TROFI
Juara :
SEPAH

RM 250,000.00 DAN TROFI
Naib Juara :
JOZAN


RM 150,000.00 DAN TROFI
KE 3 :
NABIL

RM 50,000.00 DAN TROFI
KE 4 :
JAMBU

22 ulasan:

NadiRah said...

amboi..kak ayu pon jadi juri..hahaha

eelobor said...

perghhhh.....siap update terus. pusingan pertama bagi aku, sepah lagi sempoi, jozan tak menjadi. lagi 2 kumpulan tuh biasa2 jer....

Lelord said...

bagus2 ayu siap ada rumusan

akak suka persembahan sepah dan jozan

Unknown said...

nad--
hahahha.. juri ucap berjela.. kak rumuskan

eelobor--
setuju.. SEPAH terbaik

Unknown said...

kak lelord--
sepah terbaik, jozan idea pelbagai

sarah-najwan said...

huhu..akak xle tgk..xde citra..td smpat tgk kat foodcourt..tapi kureng jelas gmbrnya..huhu

Sunah Sakura said...

aiyokkkk sape la yang menang niiii

Unknown said...

sarah najwan--
ayu tak dapat nak snap video..
ayu dan en zalie sangat2 ketawa tak sedar diri

zino said...

salam kenal
tak pernah tengok raja lawak ni.. channel tak langgan hehe

Unknown said...

sunnah--
cer...cer... cuba teka

Unknown said...

zino--
salam ziarah....
rasanya you tube akan siarkan...
ambil masa sikit
thanks singgah sini

Along Maklong said...

ayu.. maklong ingat tadi siap bagi keputusan.. hehe suspen ni.. astro maklong takleh tengok raja lawak.. huhu..

Unknown said...

MAK LONG--
sekejap yer.. ayu akan update lagi.. ada 15 minit lagi..
tunggu result

Unknown said...

juri di blog ni...:p

Unknown said...

diana--
hahhaha..
yang pasti SEPAH THE WINNER..
TAHNIAH sepah

Miss Mirror said...

Sepah suami si Siti Sarah tu kan Ayu? Memang dah rezeki baby dlm kandungan la tu. Tahniah buat mereka semua. MM tak tengok.

uncle gedek said...

rumah uncle astro tiada jua....

(malu)

zino said...

tak pe lah tunggu kluar kat FB hehe

Rina Rahamat said...

sy kena tgk ulangan sbb memula tetido..haprak tul sy nih kan..tp sepah mmg terbaek!!

gadisBunga™ said...

saya puas hati sepah menang!

gadisBunga™ said...

sepah memang best gile!!!

gadisBunga™ said...

jozan nak bang bil pun syiok. tapi jambu, layak lah dia di tempat ke 4. hahaha.

gila maharaja lawak betul la ni sampai komen 3 kali kat sini. boleh kan kak...? ihiks!