Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, June 21, 2011

Pengalaman: 1 tahun berlalu (21 jun 2010)


En Zalie
Tiba-tiba kaki membengkak, tak tidur malam,  terlalu sukar bernafas. 5 hari ku tidak lawas membuang air kecil mahupun air besar.. 2 bulan keadaan ini berlarutan, hospital, ubatan kampung sudah kami cuba... Isteriku memujuk ke hospital swasta.. aku kena turutkan kata isteriku.. ku tak boleh biarkan perkara ini berlanjutan
Aku
Bimbang dengan suamiku.. ku minta abah nasihatkan suamiku.. kesihatan suamiku semakin parah.. dengkur yang dialami amat membimbangkan.. 10-15 minit dia tak bernafas.. kerap ku kejutkan agar suamiku bangun semula.. Mujur!! Mujur suami masih tersedar dan menoleh kearahku..
Tapi, siang hari suamiku tetap tidur di meja chasier.. lagaknya macam orang yang hisap dadah..lalok dan mengantuk sahaja…

15 hari berlalu (5 Julai 2010) ~ICU pakar Putri Johor baharu~
En zalie
Kenapa keadaanku, kenapa suaraku tidak keluar!
Mana anakku?? Kenapa hanya abah di sebelahKU.. aku dimana??.. kenapa tiub berselerakan  di kaki, badan.!!, hidungku.. mulutku.!! Sakitnya leherku.... kakiku, tidak berasa.. apa yang terjadi padaku!
Kenapa ku diduga,.akhirnya isteriku datang, berjujuran air mata isteriku…kesiannya.. dibacakan surah yassin di sebelahku, ya ku kerap dengar isteriku selalu mengalunkan ayat itu tapi bila??
Aku
Syukur, hari ini suamiku sedar.. walau tiada suara akibat operation trakea, syukur ada respon dari matanya.. kesiannya suamiku.. bed sore ada dimana-mana..
Aku sudah puas memandikan air mata.. sepanjang hari ku ulang alik dari rumah ke johor sendirian.. 3 jam perjalanan tak ku rasai. Walau ku tabah.. aku tetap wanita..lemah dan bermandikan air mata.
*************
 2bulan setengah, pengalaman aku menemani en zalie di HSI tanpa pernah pulang kerumah.. meninggalkan umai bersama MIL dan FIL..walau kesihatanku terganggu, walau ku tidur diatas bangku saban hari.. memadai dengan suamiku selalu membuka mata..tanda peluang itu milik kita..
*****************
~selingan, rasanya.. cukuplah waktu itu kami diduga.. terima kasih ya Allah. Kerana beri kami peluang bersama semula.. alhamdullilah suamiku semakin sembuh sabah hari.. Syukur
PS: terima kasih blogger cikgu azlie, blogger mamamya, blogger ayie atas kunjungan ke hospital melawat suamiku.. walau waktu itu en zalie kurang mengingati kisah lampau.. ku ada kongsikan saat teman-teman berkunjung melawat en zalie
Dan
Terima kasih kepada semua blogger yang saban hari beri sms seperti blogger ben Ashaari, Cik Mat Gebu, Abang Eqbal, Azila (isteri BA), atau komen di blog citarasa rinduan seperti Blogger Kak Azie Azah, cikgu Isza, Kak Lelord, Eija mama zakuan, zana mama batrice dan lain-lain, sentiasa memberi sokongan dari segi moral dan fizikal..
Terima kasih teman!!

28 ulasan:

alexayussida said...

semoga kesihatan suami akk makin baik dan terus baik..insyaAllah..
sekarang dah oki kan kak?

ujian Allah itu pelbagai kan kak..itu maknanya Allah syg akk sekeluarga..:)

Anonymous said...

tabahnya akak (: semoga kesihatan suami akak beransur pulih. get well soon !!

Lelord said...

Alhamdulillah ketabahan dan kesabaran ayu berbalas, semoga kesihatan zalie semakin baik. Kamu wanita hebat

Unknown said...

syukur alhamdulillah ayu,berkat usaha seorang isteri yang tabah menjaga suaminya telah mendapat hasilnya...semoga en.zalie bertambah sihat disamping family tersayang...amin.

tun_telani said...

kak ayu mmg tabah! semoga en.zalie kembali sihat spt biasa.

Mas said...

alhamdudillah...en zalie makin sihat....
berkat sokongan orang2 tersayang dan sokongan padu dan tak berbelah bahagi dari seorang isteri yang tabah dan sentiasa disisi suaminya...insyaAllah...kebahagiaan tu milik ayu sekeluarga....

Unknown said...

ketbhn seorang istteri selalunyer akan megugatkan lagi seorang suami itu untuk meneruskan kehidupan..semoga akan tbh menghadapi dugaan yg melanda. and semoga sihat sejahtera suami akak..

Sharifah Nadzarah said...

alhamdulillah..syukur semuanya selamat..walapupun pada ketika itu sy masih blom menjadi blogger..tapi sy dapat rasakan kesedihan kak ayu..& akak mmg tabah...

maszmadi said...

semoga semuanya semakin baik dan semoga pengalaman itu memberi kekuatan kepada ayu untuk hari mendatang..

bujal X said...

kena jaga baik2~apa yang pantang semua tak ble sentuh~~apapun semoga akak dan suami dalam keadaan yang baik2 sahaja~~

Unknown said...

semoga cepat sembuh..

sahromnasrudin said...

semoga kesihatan beliau terus bertambah baik dan dirahmati Allah SWT

Rina Rahamat said...

sy doakan ayu dan suami dikurniakan kesihatan berpanjangan..

Sis Lin said...

Alhamdulilah...
Sis turut gembira dgn perkembangan kesihatan en.Zalie...

awal tu sis masih belum kenal dgn ayu kan...so byk juga sis terlepas cuma dengar dr mulut CMG saja..

Ayu seorg yg tabah, sabar dan cekal...bukan mudah nak harungi semuanya kalau tiada iman yg kuat di dada...sis bangga dgn ayu,.

Moga semuanya akan berakhir dan en.zalie akan jalani hidup yg sihat tanpa sebarang risiko..:) Aminnn

Unknown said...

alexa yussida--
terima kasih dik..

melly--
amin... terima kasih melly

lelord--
kak lelord. terima kasih.. saat itu kak pun sentiasa beri sokongan.. terima kasih sekali lagi

nieza--
amin.. nieza.. terima kasih.. ucapanmu amat terharu.. ku hargai.

mas--
alhamdullilah.. suka sangat2 mas sentiasa beri semangat moral pada ayu.. sangat2 sayang kamu

cucu umie--
amin... terima kasih dik.. terima kasih sekali lagi atas kata2 semangat dari kamu

sharifah nadzarah--
oo, waktu itu kamu belum bergelar blogger ya.. tak apa.. dan terima kasih atas doa kamu

mas--
alhamdullilah.. masa tu ayu takut drive sorang2.. namun akhirnya ayu cekalkan hati.. syukur....

bujal--
ya... sebab tu terciptanya nasi goreng diet.. heheheh
bujal.. thanks atas doamu itu

nens--
terima kasih

sahrom--
amin... amin.. terima kasih sharom

rina--
amin.. terima kaish atas doamu..

Unknown said...

sis......
oh!!! kalaulah awal kita kenal.. mungkin masa ayu di putri speclist ayu selalu jenguk rumah kak.. heheheh

terima kasih atas doamu kak...
sangat2 terharu

So Shy Lady (SSL) said...

moga tabah hdapi ujian...
jgn putus bdoa

norhidana said...

besarnyer dugaan yg akak tempuh ye, tp alhamdulillah akak ngn en zalie dpt tempuh dugaan ngn penuh kekuatan... semoga akak jd lbh kuat ye

sarah-najwan said...

ayu sgt tabah..begitu juga dgn en zalie..

semoga bahagia melingkari keluarga uolls..

niey_muhaini said...

smg kak ayu sntiasa tabah dan sabar mnjalani ujian dr Allah s.w.t.
Kami semua akan sntiasa mendoakan kesejahteraan kak ayu & suami dr jauh..

Unknown said...

selamat sihat utk ke2² suami isteri....kesabarandan pengorbanan mengukuhkan lagi cinta kalian. Amin

JunAina said...

ujian Allah berikan hanya untuk hambanya yang terpilih! setiap ujian akan semakin mendekatkan diri kita padaNya. Dia memberi dan dia berhak menarik balik setiap pemberiannya...bersyukurlah...

hari ini mungkin kita derita tapi rupanya bahagia berganda akan datang seleas derita...

Cik Pulau said...

semoga suami akak cepat baik dan semoga akak terus tabah menghadapi dugaan dari Allah.

^^,

Unknown said...

syukur suami akak da makin sihat

gadisBunga™ said...

en zalie kuat kerana ayu... :)

Queenie said...

begitu ceritanya...

hebat dugaan buatmu ayu...
hebat lagi ketabahanmu...
sabar bak aliran sungai lalu
tak kunjung henti biarpun mengalir lesu...

jangan simpan pedihmu
jangan pendam tangismu
luahkan saja di mana perlu
itulah pengikat kekuatan kasihmu...

Queenie said...

begitu ceritanya...

hebat dugaan buatmu ayu...
hebat lagi ketabahanmu...
sabar bak aliran sungai lalu
tak kunjung henti biarpun mengalir lesu...

jangan simpan pedihmu
jangan pendam tangismu
luahkan saja di mana perlu
itulah pengikat kekuatan kasihmu...

Melur Jelita said...

MasyaAllah...kuatnya Ayu jelita...alhamdulillah smeoga semuanya bertambah baik