Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, December 30, 2010

Kain sekolah terpendek, cantum dengan kain perca??

Assalamualaikum…salam malam jumaat...

hari nie, agak kepenatan sedikit…..citarasa rinduan, diserbu pelanggan,,,maklumlah sekolah rendah dan menegah ibubapa dok beli buku-buku/peralatan sekolah anak-anak…

Di dewan seri sayong, pula….diadakan penyampaian perlatan sekolah/wang saku untuk anak-anak yatim oleh Dato Halimah Sidek dan Dato Adham baba…..(adun kota tinggi), dato siap puji mee goreng mamak citarasa rinduan..hehehehe, dalam hati ada bunga....nanti singgahlah selalu yer dato..

Seronok melihat kegembiraan diwajah anak-anak yatim yang dapat sumbangan dari kerajaan…bila singgah ke citarasa rinduan, penjaga berkongsi cerita kepadaku….(sambil aku memasak dengan tangan tak henti-henti…)… aku mengucapkan tahniah kepada beberapa anak-anak yatim tanda aku turut merasai kegembiraan mereka..

Terima kasih atas sumbangan dari pemimpin rakyat….inilah masanya membuktikan bahawa, mereka perhatin terhadap masyarakat..

PS: teringat zaman aku sekolah dahulu, kasut sekolah 4 tahun tak tukar-tukar…baju sekolah ambil dari kak long, bila terpendek..ibu cantum dengan kain perca…agar aku dapat pakai baju sekolah….. syukur, masih berpakaian dari anak yatim yang hilang kasih sayang…

10 ulasan:

IMANSHAH said...

salam Ayu

sekarang baju sekolah depa mahal lagi dari baju kemeja ayah..hehe

Unknown said...

salam cikgu..

setuju sangat...
dulu dan sekarang dah beza betul...pakaian seragam dah cecah ratusan,,

azieazah said...

Pengalaman Kak Azie, tidak semua anak yatim suka diperlakukan dalam kategori simpati melimpah ruah. Ada setengah mereka, ingin sekali berdikari dan cuba menikmati hidup seperti orang lain juga.

Lumrah kita bermurah hati dan anak2 yatim golongan paling utama dibantu. Sedekah yang diganjari (yg tidak nampak di mata).

Pakaian sekolah dulu, rata2 ibu jahit sendiri. Sekarang kita para ibu, berkerjaya. Mampu utk beli. Apalah sangat demi pelajaran anak2... kan?

eelobor said...

kalau dato dah puji cam gitu, kena singgah la sekali tuh. cuma tarikh jer belum ada lagi... hihihihi

Unknown said...

kak azie..
tapikan..anak-anak yatim yang dibantu bawah umur..kiranya sekolah rendah gitu....
bila ibu tunggal singgah kedai...melihat raut wajah mereka..

ayu tahu,...mereka berbangga diberi pertolongan apabila sessi persekolah dibuka..

syukur..ada yang perhatin...moga dimanfaatkan oleh anak-anak yatim atas sumbangan ini..amin

Unknown said...

eelobor--
okey...ayu nantikan kedatangan kamu sekeluarga

Nur Azila Ismail said...

zila pon penah kain sambung ngan perca .hehe . x cukup kain

ibuintan said...

dulu zaman kita, pakaian walau pun buruk namun tetap dihargai dan tidak merungut... terima seadanya

Unknown said...

azila..

pernah ada kasut koyak tak..pastu bubuh gam..tapak haus..
memory sungguh dahulu kala

Unknown said...

ibuintan
setuju
amat setuju
itu yang jadi kenangan..sehingga kini