Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, December 21, 2010

Masalah Disiplin : Shahir (AF8) Balik Kampung, Ibu Beri Penjelasan

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, kesihatan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.

“Buat masa ini, biarlah dia berehat dahulu dan apabila tiba masanya nanti dia akan memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang diperkatakan terhadapnya selama ini.

“Saya minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama sebaiknya,” jelas Mahanum ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Penyanyi itu dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menurut Mahanum, kegagalan Shahir muncul dalam konsert di Shah Alam itu kerana dia mengalami migrain dan pihak Astro telah memberi kebenaran untuk Shahir tidak terlibat dalam acara itu.

Berhubung masalah Shahir yang tidak muncul di sesi fotografi pula Mahanum berkata anaknya mempunyai sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui di kalangan mereka sahaja.

Sementara itu, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika diminta menjawab perkara tersebut berkata mereka akan memikirkan perancangan lain tentang Shahir selepas ini.

Kredit to mStar online

12 ulasan:

kella said...

ouh.. mungkin tekanan menjadi artis kot..
itulah menjadi artis ni bukan senang kan? banyak yang perlu dilakukan.. perlukan pengorbanan..

eqbalzack said...

salam ayu...
org kita ni sebenarnya cepat menghukum si shahir tu..tu yg jd kecoh...padahal si shahir tu ada masalahnya sendiri...hehe

Unknown said...

kesian shahir, hope peminat dia paham situasi dia.. jangan menghukum dia dah lah

IMANSHAH said...

suaranya sungguh merdu macam suaraku haha

takleh blah kn saya

Ati Masrif said...

salam ayu,

hanya diri sendiri yang tahu
apa sebenarnya...

Unknown said...

kella-
setuju,,jadi artis memang tersangat banyak dugaan
bukan senang nak glemor...bukan senang nak naik kan>>>?

Unknown said...

salam..
abang ee, setuju sangat...biasalah artis ramai yang nak tahu dan menyalahkan mereka..

Unknown said...

salam micky--
moga-moga shahir bangun dan bangkit dgn cara yang berbeza..amin

Unknown said...

cikgu--
wah...ayu nak dengar suara cikgu iman lah....jeles nie....hehehehe

Unknown said...

ati--
biarlah shahir dengan caranya
mesti ada jalan penyelesaian..

moga dia dipermudahkan olehNya..amin

azzey said...

CITARASA RINDUAN; Biarlah dia betul2 berehat di kpg nya....x jauh dt kpg saya tu....

Unknown said...

azzey-
sama-sama orang perak eik>>??
wah..