Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, June 30, 2011

Malu-malu @ Kongkang



Menu berbukaku..,Ikan bilis goreng kicap makan dengan nasi panas2.. peeh!!!!!!.. pelanggan datang ke chasier pun aku tak perasan… (nie en zalie tak ada, kalau dia tau.. heheheh.. ku pitam!!)

 *************
Sekarang nie, umai sedang syok Internet, dia suka dengan binatang yang bergelar malu-malu (itu bahasa Indonesia) dalam bahasa saintifik digelar slow loris, atau orang kita gelar kongkang… korang pernah dengar kan?... aku jumpa kat google.. korang boleh klik sini, untuk mengetahui spesis kongkang..



Comel kan???
Jom.. layan matanya nan besar…heheheheh






Siapa ada bela spesis nie?…. Aku teringin nak pegang dan belai bulu kongkang nie… Aku bayangkan, bulunya keras tapi pendek2 macam bulu kucing......

Ada blogger mengumpat pasal saya??


Jangan tak tau, ada blogger nak turun ke johor… apa lagi??
Singgahlah citarasa rinduan.. bak kata pujangga.. Besar tapak tangan, satu kedai saya pelawakan…
Janji,, habaq awal2 ya… tak lah buat saya pengsan dan pitam.. heheheheh



PS: terharu dapat aiskrim MD dari En zalie… jenama MD, Sundae Coklat.. bukan 1… 5 cawan lagi.. huhuhu… gamaknya, ku berbuka aiskrim lah…..Thanks en Zalie.


 
Terima kasih kepada blogger IEB, dan Kak Lelord yang bantu ku menangani masalah blogspot.. akhirnya, dapat juga ku sign in…

Happy Birthday Blogger Eelobor

Happy Birthday
Kepada
BLOGGER EELOBOR pada 30 Jun
(papa kepada Muaz, pelengkap kepada kehidupan Ida)
Sekadar Berkongsi
Semoga dipanjangkan usiamu.. semoga dipermudakan urusanmu…dan semoga kamu dirahmati OlehNYA


PS: juadah berbuka daku, mungkin akan kupanaskan untuk juadah bersahur nanti.... cangkul ayam @ cakir ayam.. dan Khas untuk peminat kaki Ayam..heheheh

Wednesday, June 29, 2011

Pembedahan katarak/selaput mata..


Assalamualaikum, selamat malam sahabatku semua.. masih tak dapat mencuri masa untuk singgah ke blog kalian apatah lagi nak balas komen kalian pada entryku… hanya ribuan terima kasih ku ucapakan keatas persahabatan yang istimewa ini..
***********************
29 hb Jun 2011.. 1 pembedahan kecil dilakukan pada mata kanan MIL, sebenarnya sejak arwah FIL (thanks pada blogger eja)  masih hidup kira-kira 6 bulan yang lalu MIL memang dah dapat tarikh untuk membuang selaput mata kanan yang rosak (dipanggil katarak mata, kesan bacaan kencing manis yang kerap tinggi) namun, akibat beberapa masalah yang berlaku.. pembedahan di tukar pada tarikh hari ini
Syukur, alhamdullilah.. hanya 30 minit pembedahan berjalan dengan lancar, en zalie yang menghantar MIL ke pakar mata.. manakala ku menyiapkan tempahan makanan dari sekolah menengah berdekatan..
************************
Keadaan MIL sekarang dalam pemerhatian.. ku dapat jaga MIL berpandukan beberapa ubatan dan penerangan dari pakar mata…
Untuk sahabatku semua.. jika kalian ingin mengetahui tentang pembedahan lazer membuang katarak akibat kesan kencing manis.. bolehlah mengemukakan beberapa soalan.. insyallah.. ku akan berkongsi apa yang ku tahu pada kalian…


PS: hadiah GA dari bali oleh blogger Abang Eq sudah sampai ke tangan pagi tadi… terima kasih abang Eq…

Wordless Wednesday (Part 3)

Sejujurnya, hari ini tanpa bicara.. namun entry ini dibalas dengan komen yang sangat mengasyikkan hatiku .. ku sangat-sangat terharu kepada teman-teman…Terima kasih semua..
Dan hari ini 29 jun 2011, bersamaan hari isyrak dan mikraj.. ada 2 perkara yang penting dalam kehidupaku
1.       Pembedahan lazer mata kanan MIL berjalan pada jam 9 pagi, di klinik Pakar mata Ezany. KulaiJaya
2.       Tempahan makanan sempena hari sukan sekolah menengah berdekatan pada jam 9 pagi
Mengambil keberkatan, hari besar peristiwa Nabi Muhammad, Ku doakan agar kedua-dua perkara itu berjalan dengan lancar amin. 




PS: masih lagi mengikut tema WW… biar gambar bercerita.. suasana di rumah daku dibesarkan…..(jumaat nan lalu, ku singgah menghilangkan kerinduan yang mengebu)

Tuesday, June 28, 2011

Buat sementara waktu dan tahniah CMG!! Bergelar atok MAT..

Assalamualaikum..
Selamat malam sahabatku..  hari ini memang daku agak sibuk menguruskan citarasa rinduan.. dengan kesihatan en zalie yang agak merisaukan..
Hati teringat di rumah, walhal diri di kedai..
Doktor mengesahkan en zalie akan kerap merasa penat, itu adalah kesan akibat dia tak sedar dan terbaring atas katil berbulan-bulan tanpa ada pergerakkan…
******************
Semangat en zalie kuat.. namun badannya membataskan pergerakkan. Bila dia bekerja di citarasa rinduan, walau hanya duduk di kerusi chasier.. kesihatannya sedikit sebanyak akan terjejas..
Semalam elok, hari ini sehari en zalie terbaring.. mujur MIL boleh jenguk-jengukkan…
Disebabkan itu.. ku terpaksa mengundur diri buat sementara waktu dari dunia blogging..
Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa menyokong blog citarasa rinduan..insyallah.. ada jodoh dan usia yang panjang dari Nya.. kita bersua lagi…. Amin
*********************
Selingan: Tahniah untuk blogger tiffin biru kerana pada hari ini 28 hb Jun anak saudaranya lahir ke dunia, baby boy lagi…(balu kepada Hamzah Adnan- Alfatihah atas arwah)… nampaknya, tambahlah poket CMG untuk raya nanti.. hhehehhe

Monday, June 27, 2011

Bikin kami berdua terharu..

Alhamdullilah.. rawatan ENT dan Fisioteraphy, berjalan dengan baik sekali..
Untuk apoinmet ENT seterusnya bulan disember.. (syukur) tak setiap bulan… lega daku!!
Manakala, untuk fisioteraphy, bulan depan ada apoiment.. em… tak apalah.. biar lambat.. asal en zalie sihat
Sekarang nie ku perhatikan keadaan umai bila ikut ke hospital dah semakin matang,. Jumpa doktor dia salam.. bila jumpa pintu (kami nak lalu) dia tolong bukakan untuk kami.. bikin kami berdua terharu..
Sebenarnya, kalau ikutkan aku, nak dia di rumah.. tak perlu ke hospital.. tapi.. memandangkan tak ada sesiapa yang dapat jaga dan uruskan anakku itu.. ku angkut umai sekali bila tiba rawatan en zalie.. 



PS: terima kasih teman-teman yang selalu mendoakan kesejahteraan enzalie..

SELINGAN: DAKU MENANG GA DARI BLOGGER WAHIDA..
MY ALL
Wah!!!!! Sangat terharu tau…syukur..syukur… hadiah made in LANGKAWI tu.. (belum pernah daku menjejakkan kaki ke kawasan peranginan nan indah itu..)

Syukur, Ya Tuhanku…..
Terima kasih wahida, terima kasih adik (anak wahida) yang terangkat URLku….dan terima family wahida… 



Cuba tilik dekat-dekat (tips kecantikan si wanita)


Selamat pagi isnin sahabatku semua
Tara.. pagi ini ku temankan en zalie ke HIS, apoiment beliau dengan pakar ENT dan pakar fisioteraphy… jadi, pagi ini kena bersiap cepat sedikit.. nak dapatkan nombor yang sedikit.. hehehe
Sebelum ku melangkah kaki ke luar rumah.. jom..Ku kongsi tip kecantikan untuk si wanita..
**********************
Korang cuba tilik kulit wajah kalian dekat-dekat di cermin..
Perasan tak ada pori-pori yang terbuka?, sebenarnya,masalah ini sering sinonim dengan kehidupanku.. gelisahnya kalau pori-pori terbuka..bikin stress oooo…
**********************
Aku petik dari majalah INTREND..
Sebenarnya. Pori-pori terbuka disebabkan kulit mati dan minyak yang terkumpul didalamnya.
Masalah ini berpunca akibat masalah dalaman seperti hormon, stress, keletihan dan faktor luaran seperti pencemaran dan asap rokok
Langkah-langkah merawat pori agar tidak membesar adalah
1.       Dispilinkan rutin membersih kulit dengan teratur , (cuci kulit wajah 2 hari sehari)
2.       Solekan hendaklah ditanggalkan sebelum tidur (guna apa-apa alat pembersih make up)
3.       Berikan kulit wajah ruang untuk bernafas (jadi, molek kurangkan bersolek jika kalian di rumah)
4.       Jaga pemakanan (elak makanan berminyak dan bergas)
5.       Elakkan tekanan. ( saranan aku, molek kita jangan fikirkan masalah yang ada pada diri kita)
6.       Gunakan produk untuk pori (aku guna produk murah jer. Paling penting kita tahu jenis kulit muka kita)

PS: paling penting, kurangkan make up.. salah satu faktor kanser kulit adalah dari bahan make up yang kita gunakan.. Semoga kita selalu amalkan sifat kecantikan pada diri, selain kecantikan di luar.. kecantikan di dalam perlu dijaga ya!! Selamat berkongsi

Sunday, June 26, 2011

Cik pulau bikin daku terharu

Korang dah mengenali blogger cik pulau??
Sebenarnya, beliau dengan senang hati menelefonku pada malam ini..
Wah!!!!!!!! Memang ku rasa bermimpi..
Suara cik pulau lemah lembut.. buatkan dadaku bergetar, (nie belum ada teruna yang dapat bercakap dengan beliau,, kalau ada mesti dah jatuh cinta.. hahahah)
Walau sibuk di CR.. menerima panggilan dari seseorang, bikin seluruh badan rasa bertenaga.  Hehehhe (harap-harap cik pulau tak bayangkan macamana daku ketawa.. hahahha)

PS: itulah hikmahnya ada rakan maya kan??
Selingan~ penyakit mataku kembali menyapa.. oh!!! Risaunya… tak dapat nak berjalan-jalan apatah lagi tinggalkan pesan.. Maaf kawan-kawan.


Saturday, June 25, 2011

Waktu Perniagaan.. (Pengumuman Penting)

PENGUMUMAN

CITARASA RINDUAN akan beroperasi seperti:-

Waktu perniagaan: Sabtu- Khamis
Masa Perniagaan: 7 Pagi – 10 Malam


Selingan~ setelah memikirkan dan menyambut baik cadangan pelanggan setia Citarasa Rinduan, maka, kami pihak CITARASA RINDUAN mengambil tindakan sedemikian, sebelum ini waktu beroperasi adalah seperti entry di SINI


PS: mungkin tiba masanya ku lebihkan dengan kehidupan realityku.. TERIMA KASIH teman-teman blogger yang menyokongku selama ini..

VIDEO MAHARAJA LAWAK AKHIR 2011 Kumpulan Sepah

Selamat hari sabtu sahabat..
Tergamam daku dengan persahabatan kita dialam maya.. dengan komen kalian yang buat daku terharu..

Terima kasih teman-teman..

Hari ini, memang daku agak sibuk dicitarasa rinduan..

Jadi, hari nie ku bakal tak update entry baru atau BW ke blog kalian..Maaf dipinta









PS:Jom.. layan VIDEO MAHARAJA LAWAK KUMPULAN SEPAH, Pusingan 1 (bebas) dan Pusingan ke 2, (Muzikal Komedi).. untuk sahabat blogger yang ku janjikan semalam.. (kredit to gua,com)

Happy Birthday Blogger Norgee

HAPPY BIRTHDAY

Untuk blogger Norgee (Nor Hafizi Abas)

pada 25 Jun


Semoga dipanjangkan usianya, semoga dimurahkan rezekinya dan semoga berbahagia selalu

~cikgu, atau baik ku tiak Ustazah kerana blogger ini merupakan ustazah di salah sebuah sekolah di kawasan terengganu..

(kalau nak tahu cikgu mengajar kat mana.. pandai2 korang tanya sendiri ya.. heheh)
Nak berkenalan dengan beliau.. jom terjah blog, sila KLIK SINI

Friday, June 24, 2011

MAHARAJA LAWAK AKHIR (Rumusan/KEPUTUSAN)





Maharaja Lawak musim terakhir pada 24 Jun 2011.., berlangsung secara langsung di Kuala Lumpur dengan cukup meriah sekali..

Pusingan pertama (BEBAS)

1.       Nabil – persembahan biasa sebagai salesman, namun diakhir pertunjukkan membuat kejutan dengan spiderman yang dibawanya selama 3 kali berturut-turut telah hidup.. peeh.. memang lawak, aku bagi 3.5 bintang

Juri Mamat Khalid kata.. nabil langkah ke hadapan

2.       Jambu- persembahan biasa-biasa, penonton kurang respon.. aksi kumpulan jambu tentang perlawanan antara perseorang thai dan perseorangan cina.. aku bagi 3 bintang

Juri ahmad Idham berkata.. kurang


3.       Sepah – Persembahan pencuri dengan tuan rumah. Persembahan mereka memang terbaik, penonton memberi respon yang paling mengalakan, ingat lagi aksi Jeb yang membawa watak ustazah?? Wah!!!!! Semput… aku bagi 5 bintang.. (ada mesej tersembunyi)

Juri Apek, bagi markah penuh…

4.       Jozan – Persembahan pencuri dalam muzium, aksi hang tuah (johan) memang melucukan.. kemelayuan tapi mesej yang disampaikan beliau terbaik,

Juri mamat Khalid berkata dipinggir kali, perlu ke bukit.. (maksudnya.. korang fikirlah sendiri)

Pusingan Ke 2 (MUZIKAL MOMEDI)

1.        Nabil – Ingat lagi aksi lalat musim ke 3?  Nabil bermain dengan piano, Kali ini  untuk persembahannya yang terakhir Nabil telah menyanyi.. menjadi ko……aku suka dengan liriknya

Juri Amad Idham kata.. dah lama tunggu aksi yang terbaik dari Nabil

2.       Jambu – persembahan mereka berlatar belakangkan zaman P Ramlee yang sangat lucu, gabungan persembahan digamatkan lagi dengan pelakon zila bakarin. Hahahha…. 
Sooorang Fun haku tak hamu….

Juri Apek berkata… tak payah fikir siapa yang champion!

3.       Sepah – persembahan mereka memang melucukan, kisah kekeluargaan bila si isteri (shuib) menghadapi masalah suaminya (jeb) tidak semesra dahulu.. Anak mereka (mamat) bernama BOBOY!!! Hahahhaha.. melucukan bila DAFI muncul!!!!!!!!! BAIK PUNYA…

Juri Mamat Khalid berkata.. makin lama makin menyengat.. abang dah betemu juara

4.       Jozan – Maeil lambong VS Ah Cai, perebutan kawasan… persembahan antara yang memang ku nantikan.. terbaik ko…  memang menghiburkan dan melucukan…

Juri ahmad idham berkata.. inilah muzikal komedi yang terbaik, dan inilah penutup ML yang terbaik






KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK  2011 ADALAH:-

RM 400,000.00 DAN TROFI
Juara :
SEPAH

RM 250,000.00 DAN TROFI
Naib Juara :
JOZAN


RM 150,000.00 DAN TROFI
KE 3 :
NABIL

RM 50,000.00 DAN TROFI
KE 4 :
JAMBU

Si Gadis Melayu~Ku anti pengotor

Si gadis melayu berjalan berhati-hati
Meniti jambatan area kota tinggi
Tampak risau jelas dihati
Harap tak di `sumpah` para lelaki

Si gadis melayu tertunduk malu
Berbaju kurung tampak ayu
Ibarat bunga yang sedang layu
Mengharap kumbang tak ganggu

Wahai si gadis melayu yang asli
Dikau memang berbudi pekerti
Tapi sayang melayumu tak asli
Buang sampah seolah tiada harga diri

Wahai si gadis melayu di pinggir jalanan
Sedarlah diri dikau perempuan
Kau campak kotak minuman
Tanpa kau sedar perbuatan kau memalukan

PESANAN:harap-harap Gadis melayu diluar sana.. mempamerkan melayu yang benar-benar asli..sangat memalukan tika berhadapan peristiwa di tepi pinggiran jalanan… bersih diri tapi kotor perbuatan..

~HARAP TAK TERSINGGUNG, ku anti pengotor…

Terima kasih~ 1,000 Follower

Tahniah untuk blogger mama Tim..
 mama tims n kids
Atau nama penuhnya Fatimah sahak…mama kepada 4 cahaya mata. Kerana menjadi follower CITARASA RINDUAN yang ke 1,000.. (mama Tim sekarang di Paris tau!! Kacak tu en suaminya, dan hensom-hensom anak-anaknya..) teruja aku sebab dapat kenal beliau dalam dunia maya…
 
Jom, ramai-ramai kita pakat serbu blog mama Tim..



Sebenarnya.. untuk Follower yang lain…  ucapan terima kasih diatas sokongan kalian terhadap blog Citarasa Rinduan…walau ku baru dalam dunia blogging, walau masaku banyak dihabiskan di citarasa rinduan (kedai makan), namun semangat dan sokongan kalian semua buatkan daku terharu

TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN