Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, January 26, 2011

'Bukan Mahu Cerai, Ambil Kad Nikah'

Zizan dan Fazilah Hani telah melangsungkan pernikahan pada Mac tahun lalu
PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin menganggap tuduhan kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga adalah satu fitnah, sebaliknya dia ke pejabat agama adalah untuk mengambil kad perakuan nikah.
Zizan melalui satu kiriman e-mel kepada mStar Online Selasa, memberitahu, selain mengambil kad akuan tersebut dia dan isteri, Fazilah Hani Harun turut bertemu seorang ustaz bagi mendapatkan pandangan beberapa perkara berkaitan agama.
“Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
“Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan,” katanya.
Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
“Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian danberfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.
“Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama,” katanya.
Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.
“Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
“Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya” katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat.
Kredit to mstar online

PS: kenapa ya, orang suka ambil hal orang lain……??? Kita doakan mereka bahagia udahlah……….sendiri pun ada hal dan keluarga masing-masing, sendiri mau ingatlah…kan? Kan?

5 ulasan:

Dearie Pearls said...

mula2 vanida dengan shidi tetiba lak zizan nin..

papun, kita doakan dorang bahagia je selamanya.

*suka zizan. heeee

Ummi AmnaAmzar said...

smg dorang bahagia selamanyaaaaa

Unknown said...

dearie pearls--
suka cara dan lakonan zizan....sangat macho gitu...

Unknown said...

ummi--
rindu kat kamu..mana menghilang???
hehehehe

azieazah said...

Zizan ni dah kahwin? Laaa.. bila dia kahwin?