Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, July 2, 2011

Ikan Haruan Masak Singgang Kuning

Assalamualaikum,
Selamat petang sahabatku..
Menu lunch hari ini untuk en zalie.. ku sediakan ikan haruan masak singgang, tadi, ku ada google kebaikkan ikan haruan, salah satu blog yang ku temui jawapannya adalah di blog http://kuchamsteam.blogspot.com/2008/11/kebaikan-ikan-haruan.html kredit untuk blogger tersebut..




Antara kebaikkannya adalah…
1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik 

2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan. 

3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru. 

4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan. 
Untuk lain-lainnya, korang boleh terjah ke blog beliau sendiri..sila klik SINI


***********************
Jom, semak resepi ikan haruan masak singgang kuning,
Bahan-bahannya adalah
·         1 ekor,Ikan haruan, (elok diperolehi dari parit, buka belaan), di matikan dengan cara bubuh garam ke atas ikan,. Hingga ikan mati, agak sukar nak matikan ikan haruan, molek di masukkan dalam baldi kerana ikan haruan akan terpelanting2.., disiang dan direndam dengan air limau purut
·         Bawang merah – 1 biji**
·         Halia – 1 ulas**
·         Bawang putih – 3 biji**
·         Kunyit basah – 1 ulas**
·         Cili padi – 3 batang**
·         Buah keras – 2 biji**
·         Lada merah/hijau
·         Serai – 1 batang (titik)
·         Asam keping - 1
·         Garam – sedikit sahaja
·         Air untuk merebus
Cara menyediakan
·         Blander atau tumbuk bahan-bahan bertanda ** hingga hancur, masukkan dalam periuk, masak hingga keluar bau, masukkan serai, garam, asam keping dan air
·         Bila bahan-bahan sudah mendidih,. Perlahankan api, masukkan ikan haruan mentah dan masukkan lada merah/hijau buat hiasan.
·         Apabila ikan sudah masak, matikan api, dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba, moga iktiar ini boleh menyembuhkan kaki kanan en zalie.. insyallah


24 ulasan:

Chilabaey's Spot 2 said...

Alamak Ayu, tak makan ikan haruanlah... Dan juga ikan2 yang tak bersisik seangkatan dengannye... :(

Mrs D said...

Sedap singgang ni, saya kadang-kadang derhaka sikit masukkan daun kesum dan bunga kantan juga, jadi singgang ala-ala asam rebus. Tapi sedap bagi yg suka daun kesum :)

Unknown said...

abang muz--
kalau ikutkan tekak mmg tak boleh makan, tapi tulah kan.. nak buat ubat.. so tawakal.. hehehe

Mrs D--
sungguh tau.. kita tambah apa jer.. asal rasanya lagi menyelerakan...
salam singgah ke blog saya..

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhh ada telurrrrrrrrrrr........!

Unknown said...

sunnah--
jumpa cik mat!!
terus pitam..
hahahah

suha said...

waa kalo goreng sedap neh (^_^)

Unknown said...

suha--
goreng kering2, layan dgn nasi panas.. adeh!!!

Lydia Miza said...

salam sis ayu...moga encik zalie cpt sembuh ye..amin.

sis adik tak pernah mkn ikan haruan.adik takut akan hanyirnya.siap warning hubby jgn msk haruan masa adik dlm pantang.haha..so tak pernah la dia beli haruan.

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum akak...
nampak sedap lauk tu akak... diana x perna lagi makan ikan haruan.. cuma minum pati ikan haruan jer yg perna.. sedap x akak?

Rina Rahamat said...

waktu berpantang mmg makan ikan nih..

Unknown said...

LM--
wsalam adikku..
mula2 kak fikir gak, tang hanyir...
tapikan..
bila fikir,.ikan nie cepat ubati penyakit...
kak pendam jauh2..
sbb kak ayu pernah keguguran..

dik, yang penting cara membasuhnya ya..
rendam dengan air limau nipis..
lamakan sikit.. Insyallah.. bau akan hilang.
tang lendir kan..
garam yang di tuang atas ikan, akan meluruhkan lendir ikan tu..
selamat mencuba ya

Unknown said...

diana--
waalaikumusalam dik.,
rasanya manis, sebab ikan baru...
ada sahabat yang hantar ke rumah, buat ubat utk en zalie..

tang bau tu.. tak ada keluar yang pelik2 sbb basuhan kena betul...

dik, ikan kamu masak lagi menyelerakan.. jom tukar2,, heheheh


cik betty--
memang sesuai utk sembuhkan penyakit kan.....

sarah-najwan said...

akak xleh mkn ikan haruan..nape tah..huhu

akak minum pati ajo..

Cik Tim said...

tertelan-telan air liur je dah tim ni. aish.. haha.. belanja kak!! hehe

IMANSHAH said...

masa beranak dulu makan ni..eh silap masa bersunat

tun_telani said...

kak ayu.. tun kalau ikan sungai ni susah sket nk telan. kalau goreng garing2 ok kot. huhu

Mas said...

sedapnya ikan haruan...
mas masa dalam pantang memang makan ikan haruan...

Unknown said...

mama sarah--
pati ikan pun okey, janji cepat pulihkan luka2...

Tim--
mari sini.. ada 2 ekor lagi nie.. nak masak apa??
no hal lah.. janji sampai kedai kak yer dik

cikgu Iman--
masa baca komen saya, senyum2 kambing.. mbek...........mbek......


tun--
ada 2 ekor lagi.. nak goreng2 versi esok ya dik

mas--
yahooo.. daku ada geng.. hehehhe

NadiRah said...

eh2...
kuning!!! huhuhuhu

mamyharraz said...

masa sy dlm pantang nilah mknan hari2 kena telan..sbb c-z tp mmg berkesan :)

ma'chiks said...

suke..suke...suka masakan kampung2 nie

Unknown said...

sedap

Queenie said...

ayu...

akak tak makan ikan ni...tp mmg suka singgang....mudah2an e. zalie cpt sembuh ya

secretGarden said...

sedapnye.. baru je rancang nak buat sup ikan haruan hari ni..