Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, July 26, 2011

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Pada Ahad/ OPERASI PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. – BERNAMA
Kredit to mStar
PS: wah!!! Hampir ramadhan lah…. Kalau korang nak tahu operasi citarasa rinduan di bulan nan mulia.. sila ke entry ini…..Jom.. ramai-ramai merasai airtangan kami…

21 ulasan:

eelobor said...

puasa tahun nie 29 ari eh?

cik cek said...

Nak posa dah...pas posa nak raya la pulak....rasa cam baru je raya...dah nak raya lagi...

kak cek teringin gak nak rasa air tangan Ayu CR ni...ngapela jauh sgt...kalau tak confirm Ayu dok tengok muka kak cek je...he he he...:)

cik cek said...

AYu...telan2 air liur tgk menu bulan posa CR...teriginnya nak makan Nasi Ambeng...seingat kak cek ....makan masa kekecik dulu....Felda Sugai Sayong...nostalgiala Ayu...bila la nak sampai ke sana ek...

Cik Pulau said...

salam ramadhan akak..^^,

IMANSHAH said...

yea kita dapat penyimpan mohor besar baru

Unknown said...

walopn dekt pontian ad tmpt liht anak bulan..ayie tak pi tgok pon..hehe

Liza @ Adzriel AB said...

TQ sebab letak kak liza sebaris dgn jebat..he..he.. selalu nampak ayu kat blog dia.

Murni Alfathunnisa said...

yeay...dah nak puasa.....sama2 la kita beramal di bulan ramadhan yang mulia ini...:D

K.Nor said...

salam ayu, sagu pearl dan bahan2 lain tu boleh didapati kat kedai baking di taman U, skudai ya..

K.Nor said...

tak pasti ada tak kat kedai lain sbb pengirim tu cakap dia beli kat situ..

tim_fs said...

ayu..salam mnyambut ramadhan...

~izan~ said...

kak ayu,rasa sekejap je tahun ni dah nak ramadhan..mmg seronok nak bertemu lg ramadhan tp izan rasa sedih pulak tahun ni..huhu..

apa2 pun selamat menyambut ramadhan,kalau dekat bley rasa nasi ambeng kak ayu yg ayu...

Dearie Pearls said...

puasa boleh join ke bazaar ramadhan. banyaknyer makanan..

nyam... nyam..

sekadar satu coretan said...

selamat berposa ayu n keluarga...semoga diberkati allah dibulan yg mulia itu nnt...

shahjiehan said...

wah.. x sabar nak puasa...!!


akak, cantikkan perenggan akan tu dengan membuat justify pada post akak tuh...
ratakan hujung2 ayat ke dinding.. baru nampak kemas...

saje nak kongsikan kat akak~

HaSue said...

nak puasa dah..kedai ayu biasa bz x di bulan ramadhan?hehe..selamat meneropong anak bulan ye ayu..

azila said...

ayu,kalo citarasa rinduan dekat..sure zla main order ngan tepon jer...blk keje tros amik.save masa kan?heheh

jeBateja said...

yeaaa...POSE....masa utk pelbanyakkan PAHALA....KAK...belanja Mee Bandung satu....ahakz

logorithm said...

Tiap-tiap hari buka puasa ngan durian la ek? Hehe...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Jangan marah-marah, nanti kena jual!

[U] Logo baru untuk Ben Ashaari!

[13PG] Gambar kemalangan ngeri di tapak binaan

faraherda.razalan said...

Kemeriahan sudah terasa.

Unknown said...

cepat sungguh masa berjalan kan...dah nak puasa dah pun..:)