Selamat petang sahabatku.. lewat nak senja baru ku dapat update blog, pelanggan time gini memang kurang
Kalau korang nak tahu, 2 minggu ini. Makanan yang paling digemari oleh pelangganku adalah ikan sungai… sudah semestinya yang paling mudah ditemui adalah ikan keli, patin, putih dan haruan..
Minggu sudah, ku sediakan ikan patin masak asam pedas dan cili padi, orang kata.. kalau ada tempoyak baru ngam.. tapi aku balas, mana aku nak cari tempoyak?? Heheheeh…..
Jom, ku kongsikan resepi ikan patin masak singgang nanas, dan semestinya. Setiap menu lauk pauk tengahari di citarasa rinduan..adalah air tanganku, tanpa melibatkan pekerjaku.. depa tukang basuh bahan mentah dan tukang potong sayur sahaja…heheheh
Bahan-bahan
· Ikan patin 1ekor - disiang, dipotong kepada kecil (aku jual isi ikan Rm2.00), dibasuh dan direndam dalam air campuran limau nipis.
· Nanas 1 biji – disiang, dibasuh dan dipotong kecil
· Bawang merah -2 biji **
· Bawah putih – 4 biji **
· Buah keras – 3 biji**
· Halia – 2 ulas sebesar jari anda **
· Kunyit basah – 2 ulas**
· Cili padi – 5 biji**
· Asam keping- 2 biji
· Garam – sedikit
· Ajinamoto
· Air untuk memasak
· Lada merah/hijau – dibasuh dan di potong tengah
· Daun kunyit (hari nie, ku tak ada stok daun kunyit so, abaikan)
Cara menyediakan
1. Blander kesemua bahan-bahan bertanda ** hingga hancur,panaskan kuali terus tuang bahan-bahan blaner ke dalam kuali
2. Masukkan, garam, ajinamoto,asam keping hingga bumbu mendidih baru masukkan nanas
3. Apabila nanas hendak masak, baru masukkan air, tujuan untuk dapatkan air nanas untuk menyedapkan masakkan anda, tunggu hingga air mendidih
4. Masukkan ikan mentah patin satu persatu, moleh masukkan kepala ikan diikuti isi, supaya kepala ikan mudah masak/empuk
5. Masukkan lada untuk hiasan diikuti daun kunyit.
6. Matikan api, sedia untuk di hidang
Selingan:untuk penggemar santan, boleh masukkan sedikit santan untuk memekatkan kuah
PS: motor bulan nie buat hal, bateri kering sering kong, en zalie beli bateri ori..ku dapat hadiah sehelai baju T…. terima kasih en zalie….
(motif of story, lain kali beli bateri kering motorku yang ori Puan ayu, heheheh)
14 ulasan:
singgang memang terbaik..nak sedap singgang daging
kak ayu,
first time tgk singgang letak nanas,
nampak sedap jer :)
best la kak.. thanx sudi kongsikan ilmu mengenai resepi ini.. moga citarasa rinduan semakin bertambah maju jaya.. amin
arggg...tanjat NANAD...
tibe2 ada kak ayu ngan baju kat bawah laok..huhuhu
sis ayu..saya sgt suka mkn ikan patin.aduhh lum rasa lg sejak blk ni
wah boleh try untuk bulan pose nanti..
http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/cara-merapatkan-hubungan-dengan-rakan.html
ibu saya selalu masak ni time saya demam,.heheh
dah makan malam ni...
tapi tengok ayu punya singgang sungguh menyelerakan...mcm nak makan lagi jer..
selamat baru pas makan bihun sup kalau tak mesti perut kami berbunyi..hehe
lain kali nak masak singgan kena dtg refer sini..:)
salam kenalan,pusing2 terjumpa blog.singgah ye...buka2 dapur tu diaaa..singgang ikan2 sungai my all time favorite..tak beri ayam roasted/grilled pun tak pe, tak kecik ati.
wah kak~ akak hebat~ yong pon nak hebat di dapur jugak
tetibe rasa cam nak p terjah kedai akak je....
waaaah... 1st time tgk nih.. bila la nak rasa! huuuu
terlepas plak PCL dgn menu Ayu..patin kegemaran sekeluarga...mesti sedap kan.
Post a Comment