Assalamualikum…selamat tengahari…alhamdullilah ada gak respon dari korang,.maka aku akan buat entry seterusnya tentang cinta monyet, cinta zaman kanak-kanakku..so……semua bersedialah yer baca ala-ala novel remaja…
Mulanya aku tak berapa perasan si jejaka nie..walaupun duk satu kampong, aku tak ler bijak sangat..dari kelas bawah naik kelas atas(cerdik)..seingat aku kelas 6 hijau, kiranya kelas yang ramai pelajar pintar. Entah macamana aku leh terpilih masuk ke kelas tu…memang masa darjah 5 aku dapat nombor 3 diakhir tahun….tu yang layak join kelas 6 hijau… (takut beb, mana layak aku campur diorang, dah cikgu yang masukkan aku ke kelas tu..aku kena percaya diri sendiri, tawakal)
Si jejaka tu , tak berapa menyerlah sangat bab-bab buli pelajar perempuan, yang buatkan aku tak berapa perasan akan kewujudan dia…masa tu pun.aku hanya tumpukan pelajaran…Campur kelas yang pelajarnya pintar- pintar aku kenalah usaha lebih..nak upsr lah katakan. Aku pula lemah matapelajaran mate…kepala pulak kena ingat fomular mate aje.
Oh yer, baru aku ingat…ada satu budak yang bentuk badannya paling gemuk antara pelajar kat kelas aku…dia kawan baik ngan jejaka tu…oleh kerana si budak gemuk tu suka sakat pelajar perempuan termasuk aku…itu yang buatkan aku terperasan dan terus perasan diri seseorang.(dia tak perasan aku…aku jer terlebih perasan..kikikiki)
“wow, hensemnya jejaka tu, rambut dia yang disisih rapi…ala-ala takasye…pujaan aku kat tv2”..(detik ati aku berkata-kata…)
Time tulah…aku dah mula intip pergerakan dia, anak siapa?…duduk kat mana?…nama apa?, sudah berpunya?…(macam lagu pulak)… risik punya risik…si jejaka merupakan kawan baik kepada kawan aku …..wow…ada chance nak tackle dia…
Yang buat happy tu…, tuhan makbulkan permintaan aku…Cikgu Mate aku , masukkan si jejaka ke dalam grop aku (meja kumpulan), kiranya pelajar pintar kena duduk selama sebulan mengajar dan membantu kawan-kawan yang lemah matapelajaran mate…
Tapi kan, serius nak kata..aku memang tak berani nak pandang kat dia…nak angkat muka pun tak kuasa…malu beb..(walhal dia pun tak tahu apa-apa pun, yang aku memendam rasa) syok sendiri rupanya….wawawawawa
Sejak kenal si jejaka, aku tak pernah ponteng sekolah..apatah lagi nak ponteng kelas…bahagia hatiku bila si jejaka ada kat kerusinya…bila jejaka cuti sekolah..hati sedih tidak terkira..merajuk hati sampai malas nak buat kerja sekolah…duhai hati…merajuk hanya kerana sijejaka yang cuti bersebab..(kuat betul penahan cinta monyet…)
Ada satu hal yang membuatkan si jejaka perasan akan kehadiran aku Akhirnya impian terlaksana…(yang jadi masalahnya dia tetap tak tahu aku syok gile kat dia) . Dia terpilih menjadi ketua pengawas perpustakaan..aku pula bendahari kelab tersebut… hari-hari kemas buku,metting dan macam-macam aktiviti untuk mencantikkan library…
Semakinlah ada peluang untuk merapati si jejaka…YES!!! YES!!!.... peluang dah terbuka didepan mata…hanya aku kena pandai cari peluang…..(gile-gile gak perangai aku time tu…..uweekkkk….)
Hinggalah pada satu hari, aku dok jalankan tugas sebagai ajk library…susun buku-buku…sampai ketengahari, ingat lagi time tu…sekolah ada buat aktiviti kejohanan bola jaring...dok, ralit susun buku…sampai aku terlanggar bahu seseorang…
Alamak. Siapa yang aku langgar?...sakit gila bahu time tu….(peeh..memory aku tentang cinta monyet sungguh luar biasa..leh ingat balik tu…kikikikik, cuba korang tanya siapa cikgu library aku?...aku dah tak ingat……wawawaawaw), rupa-rupanya si jejaka….Dia biasa jer…control macho..aku lak kelam kabut macam aku nampak antu library (hah!! Hantu……..cabut……..)
Okey-okey sambung balik…si jejaka, mohon maaf…aku terkedu….diam seribu bahasa…alahai…nasiblah time nie tak ada orang…kalau ada..sure aku orang yang pertama kena gelakkan dek kawan-kawan..
Aku, tahan malu…(si admire aku!!!! Wah….tak caya sungguh….) yang buat lawak tu..aku boleh kata… “awak, saya say___…………………………..?.. .( sekejap eik ….aku nak pi kulaijaya, pi bank bayor ansuran keter wajaku..korang tunggu sat jer, karang sambung balik
PS: Apa agaknya yang akan aku katakan padanya? ….Adakah aku berani meluahkan hatiku pada si jejaka?...apakah jejaka menyetahui ada si dara yang memedam rasa?…ikuti episode seterusnya…kikikiki…..iklan pulak yer…(Sebenarnya aku tak suka nak sambung-sambung citer, buat sakit jiwa….nak cepat abis story cinta monyet nie..tapi memang tak leh sambung duhai pembaca sekalian..…En Zalie dah tunggu dalam storm….)