Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, November 25, 2010

Kakak bongkar rahsia 2 beradik - sumbang mahram..

MERSING: Rahsia dua beradik perempuan berusia 13 dan 16 tahun yang menjadi hamba seks abang kandung sejak bertahun lalu di Felda Tenggaroh 5 di sini, terbongkar apabila kakak mereka terlihat perlakuan ganas lelaki berusia 24 tahun itu, pagi kelmarin.

Kakak mereka yang berada dalam rumah berkenaan, terlihat suspek menarik dengan ganas tangan adik yang berusia 13 tahun masuk ke dalam bilik.

Apabila lelaki itu menyedari perbuatannya dilihat kakaknya, dia melarikan diri dari rumah sebelum menumpang lori menuju ke Felda Tenggaroh 2.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menahan suspek kes itu.


“Dia ditahan ketika menumpang lori tidak jauh dari kawasan Felda berkenaan dan kini direman untuk membantu siasatan.


“Suspek bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi dan turut positif ganja,” katanya.

Mohd Nor berkata, kakak mangsa membuat laporan polis apabila terlihat perbuatan adik lelakinya itu dan siasatan mendapati gadis berusia 13 tahun itu dirogol sejak tiga tahun lalu.

Pendedahan gadis itu membongkar rahsia kakaknya yang berusia 16 tahun turut menjadi mangsa rogol abang mereka sejak awal tahun ini.

“Mangsa tidak mahu membuat laporan polis kerana suspek mengugut membunuh seisi keluarga jika tembelangnya pecah. Mereka dirogol ketika ibu bapa keluar bekerja,” katanya.

Kedua-dua beradik itu yang dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam, untuk menjalani pemeriksaan, berjaya dipujuk supaya membuat laporan polis berkaitan kejadian di Balai Polis Sugai Ambat, tengah hari, kelmarin.

Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Kredit to metro online



PS: pagi tadi selepas memasak…..aku sempat membaca metro…kes ini amat memalukan…orang kampungku….oh……….kenapalah sehingga kes sumbang mahram ini boleh berlaku?

  1. salah ibubapa?
  2. salah pemangsa?
  3. salah perogol berhati binatang bertopengkan syaitan?

Dunia…dunia….

9 ulasan:

Anonymous said...

salam..

apa jenis abg la mcm gini nihhh..ishhhhh..geram baca berita yg mcm gini..!!

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

subhanaallah kak
mmg sungguh memalukan ler...

Lelord said...

aduhai.....

ISZA said...

kes macam ni tak mustahil banyak berlaku tapi tak dilaporkan.. maklumlah..

ish3...
dah kata semuanya bermula dari rumah.. didikan agama tu penting..

Kasih Suci - Mama Damia said...

MasyaAllah...sanggup adik sendiri dikerjakannya...

norhidana said...

mmg memalukan... kalu gini kak.. salah sndiri... sbb dh besar panjang pun abg nyer tuh kan...

dasar abg tak blh harap
harapkan pagar, pgr mkn padi

husniah zaimah said...

saye singgah n follow yer

eelobor said...

kes jenayah tak kira tempat berlaku sis. semua tempat ada baik di tanah haram, mekah, di kelantan (yg di kenali serambi mekah), di negara moden seperti negara uncle sam, semua ada kes kes2 jenayah atau di ceruk mana sekali pun.

Unknown said...

Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: Hubungan seks sedarah di iceland