Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, March 3, 2011

~Contest Resepi Pilihan~ Sinar Raudah

aSSALAMualaikum,

Selamat malam jumaat kepada smua sahabatku sekalian, malam nie kak Ayu nak berkongsi dengan kalian resepi yang paling mudah dimasak..kak Ayu nie, idaklah pandai  memasak pongg!!…tapi bolehlah nak kalahkan Chef Two atau Chef Three…..

Alahai..merepek meraban pulak lewat malam nie yer…

Kebetulan, kak Ayu nie kenal sungguh dengan blogger Sinar Raudah, siapa lagi kalau bukan puan Amy kita…oleh kerana puan amy nie mempunyai suami yang hensom lagi kacak bergaya..(ayat kena angka-angkat sikit mana tau boleh angkut pembakar roti bawa balik Johor….hehehehe)

***********************
 
Nama kuih nie adalah Kuih Bakar citarasa Sinar raudah……hah!!  Meletop dik no…. jom..kita syer resepi ini…

Walau kuih ini agak senang dibuat…tapi ingat yer…kak Ayu, ada derhaka sedikit..agar En Suami Puan Amy, dapat rasa keaslian kampong..ada manis-manis dan lemak-lemak gitu..

JOm…. Mari dik no..salin resepi yang Kak Ayu nak buat nie…jangan tertinggal udah yer…melepas engkau!! Kak Ayu guna pakai resepi dari Kampung tercinta si mersing nun….mari rapat-rapat………

*******************
Bahan-bahannya adalah:-

Daun pandan – 6 helai (basuh dan blender, buang hampas dan ambil airnya)
Tepung gandum – 2 cawan*
Telur  - 4 biji*
Garam - sedikit sahaja*
Gula -1 ½ cawan*
Susu Cair – 2 sudu*
Serbuk kayu manis – sedikit (elok untuk kesihatan yer!!)*
Ibu pandan perisa ros – sedikit sahaja buat mencantikkan warna kuih*
Santan – 2 cawan. (Kalau nak mudah pakai santan segera pun okey)*
Butter/planta – 2 cawan*
Bijan – digoreng tanpa minyak atas api yang sederhana.

Cara-cara menyediakannya

  1. masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu mangkuk, blander kesemua yang bertanda *,
  2. sediakan loyang (tak kisah jenis bulat atau 4 segi sama), gris dengan sedikit planta kesemua permukaan loyang
  3. panaskan oven 180`c, masukkan bahan yang sudah siap selama 1 jam 10 minit.
  4. gunakan api bawah selama 20minit, api tengah selama 30 minit, api atas 10 minit, tambah 10 minit untuk api bawah bagi menghasilkan kerak yang lebih…
  5. semasa guna api tengah , taburkan bijan bagi mencantikkan dan mengindahkan rupa kuih tradisional ini.

 
Sedia untuk dihidang, moga-moga sesuai dimakan oleh Puan Amy bersama suami tersayang..kalau nak makan untuk buat sarapan pagi boleh, petang hari pun lagilah boleh….ikut suka kalian berdua yer…….

*********************
Sebenarnya resepi nie, ada maksud tertentu…aku join Contents yang Sinar Raudah anjurkan…jom ramai-ramai kita support contest Puan Amy………sila kilik sini untuk join……..

 
Aku copy paste dari blog beliau….

Seperti yang telah di janjikan , hari ini Sinar Raudah akan menganjurkan satu contest ' RESEPI PILIHAN ' bersama sinar raudah. Contest ini terbuka kepada semua samada pengunjung lama mahupun pengunjung baru. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Semua di jemput serta dan syarat-syaratnya pun mudah je.. check it out!


1 . Terbuka kepada semua blogger yang berada di Malaysia mahupun di luar negara. Blogger yang berada di luar negara , pastikan anda memiliki alamat di Malaysia

2 . Buat satu entri bertajuk ' Contest Resepi Pilihan ' Sinar Raudah. Tajuk lain tidak di terima.Harap maklum!

3 . Kemudian sertakan satu resepi yang ingin di pertaruhkan. Kalau boleh biarlah resepi itu dari nenek moyang atau kalau tak ada just sertakan resepi yang istimewa yang pernah di masak.

4 . Sekiranya tiada gambar masakkan tak mengapa just sertakan resepi saja dan sekiranya ada gambar itu satu bonus. (gambar bantuan uncle google di terima )

5 . Letakkan banner di atas pada entri korang. Wajib tau! di ulang sekali lagi wajib!!

6 . Add blog sinar raudah di dalam bloglist korang dan wajib menjadi follower sinar raudah.

7 . Setiap seorang hanya boleh pertaruhkan satu resepi saja. Dan resepi itu pula tidak fokus kepada lauk pauk. Kek , kuih muih dan apa juga resepi yang istimewa atau yang jarang orang masak ( contoh sardin goreng tepung , kerabu daun salang )

8 . Pada entri tersebut jangan lupa mention sekali blog sinar raudah beserta link back. Bila dah confirm complete semua syarat di atas , sila tinggalkan link korang di ruangan komen entri. Shoutmix tidak di layan harap maklum!

Mudahkan syarat-syaratnya.. Hanya satu pilihan resepi yang di cari dan pemenangnya akan menerima hadiah berupa pembakar roti. ( ini hadiah yang telah di buat undian sebelum nie )
Boleh lihat di entri > INI dan keputusan undian hadiah..

1.                   Rice Cooker - vote 9 orang
2.                  Blender - vote 9 orang
3.                  Pembakar Roti - vote 10 orang
4.                  Undian Rosak - vote 8 orang ( tiada vote di beri )

Tarikh tutup penyertaan pada 12 MAC 2011 tepat pada pukul 12 tengahari. Lewat seminit tidak di terima ! Keputusan akan di umumkan dua hari selepas tarikh tutup .

Sekian , Terima Kasih...

12 ulasan:

ISZA said...

Nampak menyelerakan.. good luck yer ayu.. saya tak rajim memasak.. hu3

Unknown said...

cikgu--
memeriahkan contest sahabat....sebab tu saya dok pikir kuih tradisional...

Cik Pulau said...

nak join jugak sebenarnya...
tapi cik pulau tak reti masak..
nak ambil resepi dari mak pun mak kat kampung.. lalala~

nyway.. gudluck kak ayu.. ^^,

kindergartenlibrary said...

wah ..nyum2 ...

Kak Amy said...

first amy nak ucapkan terima kasih coz sudi join contest sinar raudah. penyertaan memenuhi syarat yang sinar raudah inginkan. Good luck ye sis!


p/s: kuih kegemaran bonda nie , pasni boleh la amy cube..

Unknown said...

cik pulau..

call mama, nanti dah kutip resepi ala2 kampong. bolehlah awak join..ala2 yang senang2 jer

nelly--
salam ziarah dik, jom join sama-sama

amy--
sama-sama....terima kasih jua buatkan ayu terpanggil nak kongsi resepi...
nanti try yer

Tinta Emas said...

semoga ayu berjaya..

saya tak pandai nak auta resepi...kalau ada resepi kena ikut betul2...

teringat kuih bakar emak saya...macam kuih ayu buat...sedapnya kalu makan tepi2 dia tu...tengah2 saya tak berapa suka..

Unknown said...

cikgu cte--
kita bakar lama sikitkan..sure ambil keraknya..hehehe
ayu baru buat 2 minggu lepas

tun_telani said...

saya baru perasan ramai btol chef2 blogger ni org johor, kn.. pakat ek? hihi..
k'ayu, sy suka bakar nipis2 kasi byk kerak.. sedapnyer!

Kamsiah yusoff said...

salam'
nak sikit..nak sikit...sedapnya...

Anonymous said...

MDT kopipes yer resepi ni :)

bobhandburry said...

Nampak unik kuih ni


zu
http://www.zuwairiaiman.com