Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, December 5, 2010

RESEPI AYAM LEMAK CILI PADI BELIMBING BULUH


Kemarin, singgah belanjer di kedai runcit yang berdekatan….oleh kerana kenal rapat dengan anak tauke kat kedai tu…dia bagi aku buah belimbing buluh yang disedekahkan oleh customernya.

Mulanya tak lah berapa faham kebaikan belimbing buluh dalam masakkan..time dulu-dulu..kalau ada nampak belimbing buluh…aku suka makan macam makan jambu air,.siap bubuh asam boi lagi

Tapi, bila tanya MIL, dia bagi cadangan buat sambal tumis belimbing buluh dan campurkan ke dalam masakan ayam/ikan yang nak dimasak lemak. Tak perlu guna asam keping atau asam jawa….(dah cukup masam), orang dulu-dulu memang masak suka bubuh belimbing buluh dalam masakkan.

Kebetulan..pagi ini aku masak ayam lemak cili padi…itu yang terasa nak campurkan dengan belimbing buluh…hasilnya….sedap ko…selera pelanggan aku makan, siap tambah nasi 2 kali..lepas tu..ada yang dah rasa…tapau bawa balik rumah sampai 10 ketul…


Jom….lihat resepi ayam lemak cili padi belimbing buluh ikut resepi aku..aku kalau masak, 5 ekor ayam..tapi memandangkan aku tahu ada antara korang yang masak seekor dua…aku bagi cadangan sukatan ikut seeokor ayam dara yer.

BAHAN-BAHANNYA

Ayam - 1 ekor

Santan – 2 biji (parut dan perah)

Serai - 3 batang (ketuk)

Buah Belimbing buluh – 5 biji

Blander kasar

Cili padi - 200 gram

Lada merah basah -2 batang

Blander halus

Bawang merah -7 biji

Bawang putih -5 biji

Halia – 2 ulas sebesar jari ibu

Kunyit – 1 ulas sebesar jari ibu

Buah keras – 2 biji

Garam- secukup rasa

Ajinamoto-secukup rasa

Air – 1.5 liter

CARA-CARA MEMASAKKNYA

  • Tumis bahan-bahan yang diblander sama ada blander kasar dan blander halus, masukkan serai, garam dan ajinamoto
  • Masukkan ayam apabila bahan-bahan mendidih, masukkan air dan santan
  • Apabila ayam separuh masak, masukkan belimbing buluh untuk menghasilkan rasa masam dan melembutkan buah belimbing buluh..
  • Tutup api dapur apabila ayam sudah masak, sedia untuk dihidang.
  • Selamat mencuba

4 ulasan:

Kasih Suci - Mama Damia said...

wow...cam menarik je...

Kengkawan said...

boleh ye taruk belimbing? selalu masak ikan je taruk belimbing...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua ambik resepi..thk

CikguAreefNaim said...

salam,

kak, saya suka lauk ada letak belimbing buluh ni...

kalau mak saya masak, kekadang campur dalam sambal sardin, masak lemak, goreng ngan cili n ikan bilis bawang, campur dlm sambal belacan, asam pedas, dsb...

waduh kak, terliur lak, hehehe...