Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, December 2, 2010

Sah facebook punya angkara

Korang pernah bercinta tak?....jom kita selidik alat komunikasi/gaget yang banyak berjasa pada korang semasa tengah hangat bermadu asmara

  1. Zaman dulu-dulu 50-70an, bila dengar ketukan botol minuman atau botol kicap….. tang-tang…tong-tong..ting-ting..dah boleh berhubung dengan pakwe anak pak imam sebelah kampong, punyalah azab nak jumpa…salah ketuk, botol boleh pecah..itu belum lagi kantoi dengan bakal mak mertua….jinjit kain terus lari…………..

  1. Manakala zaman aku era awal 80an, letak surat dalam meja sekolah..siap bubuh bedak wangi..bila nak cium surat cinta tu…habis putih muka dan pipi, macam raja kapoor, hehehhehehe (memory sungguh)…Kadangkala ada juga yang terlebih kreatif, buat surat ala-ala surat terbakar, pakat ambil lilin, hujung surat di bakar elok-elok. Selalu perempuan memang banyak seni.

  1. Era 90 an dah semakin maju, ada telefon buat berhubung dengan rakan, semakin lama, semakin canggih…ada pula handphone sebesar batu bata warna merah yang nak buat dinding rumah, kalau baling kucing dan anjing, depa boleh pengsan…..Abah aku pernah pakai telefon dalam rumah, kadangkala boleh alih masuk rumah..nak angkat? Punyalah berat…line tak silap 010 dan 011

  1. Era 2K, semakin moden, wujud pula system pesanan ringkas, masa tu, kalau guna maxis, hanya boleh sms line maxis jer…bila computer dah semakin terkenal di Malaysia, wujud pulak yahoo messenger, hotmail dan pelbagai lagi system technology melalui internet (sampai aku dah rasa tertinggal benor alatan zaman canggih manggih ni)

  1. Terbaru, selain myspace, friendster, twwiter….facebook membuatkan kita semakin senang berhubung dengan kawan lama..yer!!!…..FACEBOOK, berjuta-juta penduduk Malaysia semakin menggilai FACEBOOK….ini kajian tau bukan omongan kosong, aku pun ada facebook…

Era kini, FACEBOOK semakin berkuasa untuk menemukan rakan lama. Hanya taip nama sahabat lama…klik search..add teman kita, dah boleh bersua…

Senang cerita…bekas pakwe, bekas tunang, bekas duda….boleh mewujudkan semula ikatan yang putus, berkembang-kembang hidung si perempuan bila tayang sekeping dua..gambar dengan posing ala-ala model, dah kena puji dek teman lelakinya a.k.a skandalnya….

Yerlah kan,kalau perempuan yang puji tu normal..kalau lelaki yang puji..itu dah tak normal…bahaya ooo…lagi-lagi ada title isteri orang..

Tak payah nak skandal dengan bersua secara reality atau buat temujanji..Hanya pasang video calling boleh berbual mesra seperti didepan mata, ataupun buat aksi terlampau dan tergoda….astafirullah, seksinya….

Itulah FACEBOOK punya angkara, yang sebenarnya manusia/pengguna yang mendatangkan masalah…bukan program tersebut, nak tak nak….hanya kita yang boleh wujudkan kebaikan atau keburukan kepada system komunikasi tersebut




ALL PIC:KREDIT TO GOOGLE

PS: TERBARU, Eva Longoria bintang popular siri desperate Houseswiver, berpisah dengan permain bola keranjang Tony Parker, gara-gara si Tony banyak teman wanita dan berhubung dengan wanita lain di facebook….kalau tak cemburu, mana nak datangnya cinta??? Lainlah kalau di tony tu memang sengaja cari masalah…………

11 ulasan:

azieazah said...

AYUUUUUUU...! budak kecil nakal yang suka minta upah 20 sen sebab simpan rahsia orang dating bawah pokok! hahahaha

Nampaknya kita membaca akhbar yg sama hari ini...!

KakAzie pun buat entri yang sama tentang Facebook...

Wow! kita ada aura laaar..

Mat Gebu said...

Setuju sangat2..tu pasal sekarang di S'pore, mereka guna FB untuk undang tetamu ke majlis perkahwinan..erkk.. sesuai ke dengan budaya kita?..

Unknown said...

kak azie--

hahahhaha...kita ada aura yang sama...

yang pasti kita nie gila2 walau ada adat dan maruah tak gitu?

Unknown said...

salam cik mat gebu--

tak patut,.,,sebab orang kita nie, nak juga kita undang dari rumah ke rumah..
lagilah sepupu sepapat...selagi tak cemar duli...kita agak malu nak hadirkan diri

Unknown said...

betul belaka...teknologi nih..memainkan peranan dari aspek kehidupan...mungkin bukan semua..tetapi kebanyakan..

Unknown said...

salam ummmi alifya--
harap-harap kita gunakan ke arah kebaikan..

kella said...

facebook facebook! penangangnya sungguh luar biasa!

Unknown said...

kella--

jawapannya sangat menyibuk...heehhehehhehe

tapi, boleh juga lepaskan amarah dihati...hehehe

eelobor said...

abang sudiinnn....2posen

Unknown said...

eelobor
sabor jerlah yer..

saya nak up buka rahsia dalam rm 10 okey tak>
nak buat bayar motor yang kena hentam tu...hehehe

azzey said...

Citarasa Rinduan; Dh lama tak tgk handphone2 tu....:)