Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, December 26, 2010

Tahniah semekar kasih!!,Gelar anaknya…Cik Mat Gebu Junior??

Salam, agak lambat online...hari ahad...biasalah..customer ramai..syukur, rezeki kan?

Malam nie, aku merakamkan ucapan tahniah kepada blogger semekar kasih, blogger yang tak asing dalam dunia blogger..peramah, sentiasa update blog dengan entry yang terkini, ideanya lain dari yang lain.

Beliau yang kumaksudkan adalah cikgu isza, guru matematik…di ipoh

Sering masuk ke blog citarasa rinduan,

Aku pun suka bertandang ke blog beliau,,,entry beliau ringkas namun padat dengan bukti gambar yang kukuh…

************************************************

Agak hairan apabila ku perasan beliau tak update blognya…akhir-akhir ini

Bila hati dah teringat…terus ku buat panggilan telefon kepada cikgu isza…betul sangkaanku…beliau telah selamat melahirkan cahaya matanya

Tahniah cikgu, aku teruja dapat dengar suara cikgu, lebih-lebih lagi cikgu sudi melayan panggilanku…suara cikgu yang agak lemah mungkin kesan dari pembedahan yang dilakukan oleh doctor kepadanya..

Syukur, cikgu isza dan cahayamatanya selamat…cahaya matanya yang ke tiga, mungkin akan dinamakan Muazan (maaf kalau aku tersalah tulis nama yang cikgu isza ada sebut petang tadi), dilahirkan ke dunia jam 1 pagi pada 23 disember 2010..

Cikgu gelar babynya “Mat gebu Junior”…wah…mana tak digelarnya anaknya sedemikian…dengan saiz babynya seberat 4.5 kg…..Hebat…pasti semangat, dengan pipinya yang tembam dan montok…!!!. Lagipun cikgu isza dah pernah sampai ke teratak cik mat gebu…untuk entry itu sila klik sini..


PS: mohon doakan kesejahteraan baby cikgu isza, sekarang berada di hospital…masih menerima rawatan pakar…



6 ulasan:

IMANSHAH said...

la ptut Isza senyap, sejak2 akhir ni entri pasal air selusuh la, ikut pintu lah, rupa2 nya nak bersalin


tahniah ISza

Mas said...

yer la ayu, patut la senyapp jer...cikgu isza dah bersalin rupanya, dapat baby boy yer...sukanyaaa...
tak sabar nk tengok gmbr baby cikgu isza nnti...
tahniah wat cikgu isza atas kehadiran orang baru...

Unknown said...

cikgu iman..

dari hari jumaat saya perhatikan semekar kasih tak update blog..
bila dah malam dirumah, saya nak call hp beliau..risau pulak kalau beliau dihospital..

saya mmg dah syak beliau bersalin

Unknown said...

mas--
sebenarnya cikgu isza dijangka operation esok, tapi bb dah berak dalam perut...air ketumban dah pecah sejak 22 hb...

itu yang terus operation 23 hb untuk keselamatan beliau dan bb

syukur beliau dan bb selamat..amin2x

ISZA said...

terima kasih atas ingatan.. terharu sangat..

Unknown said...

sama-sama cikgu

salam berblogging kembali..