Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, December 3, 2010

Aku suka driver bas………

Opss..ini bukan skandal terbaruku ya…ini hanya perasaan kasih dan sayang antara ibu dan abahnya…

Abah aku driver teksi semasa zaman 90an…walaupun aku dibesarkan di felda, abahku mempunyai masalah kesihatan untuk menyabit buah kelapa sawit…hanya boleh buat kerja yang ringan-ringan. 10 tahun abah buat kerja kampong.

Waktu tu, abah sewa kereta teksi dari pak haji kedai runcit…hari-hari keluar kerja cari penumpang dari jam 5 pagi- 11 malam….pulang ke rumah sampailah lewat malam…seksa nak jumpa dan bermesra dengan abah, kalau ada mesyuarat PIBG, ibunda yang selalu datang untuk sokong persekolahan kami adik beradik…

Bila abah ada wang sedikit, abah kerja jadi drive bas,tak silap aku…dari tahun 1995 hingga 2007. Ulang alik adakala seminggu sekali abah balik kampong.

*************************************************

Ingat lagi, abah drive bas Naela namanya, bas warna kuning diraja. Baju seragam abah pun warna kuning, satu-satu perkhidmatan pengakutan awam yang berjaya era 90an..(tak silap aku, pengasasnya anak dato tun sri Mathadir)

Banyaklah wang yang abah boleh perolehi, selain dapat wang gaji tetap,ada KWSP, bonus dan overtime…kami adik beradik dapat jalan-jalan keliling kampong dengan bas yang abah bawa ke kampong….sebab dari bawa bas henti-henti abah dapat bawa bas persiaran…

Selain naeila, abah pernah bekerja dengan tranasional, plusline, cepat ekspress, delima, bukit gantang, dan macam-macam lagi nama keluaran pengankutan Malaysia. (aku dah lupa namanya, maklumlah semasa era 1999-2010 aku belajar di Penang. Malah abah ada pengalaman bawa bas sekolah dan bas kilang...

********************************************

Aku bukan nak bermegah apa lagi nak kutuk drive-drive bas di Malaysia, seperti kes kemalangan yang berlaku semalam….berita itu membuatkan aku terpanggil nak kongsi kisah si drive bas

Selain banyak kenangan yang abah kisahkan pada kami…kami kenal erti susah dan sukarnya nak mencari wang ringgit, apatah lagi nak bergaya memakai pakaian mewah-mewah…

Ibunda pula cari wang dengan menjual kuih muih…bila abah bawa bas, kuih letak di sebelah abah…adalah sedikit wang kocek kami adik beradik…

PS: syukur, walaupun abah dah pencen…masih ada cikgu/pakcik makcik yang minta bantuan kalau ada majlis kenduri kendara, lawatan sekolah kemana-mana destinasi atau hantar anak belajar ke universiti, abah tahu jalan arah nak dituju..

Pernah kami sesat…sampai tersasar ke penjara kajang hanya kerana nak keluar dari Kuala Lumpur untuk menuju ke Penang. Hanya telefon abah, abah boleh gambarkan suasana ditempat kami sesat, ada pam minyak, ada bangunan…semuanya abah dapat ingat dan cam….hingga kami dapat arah pulang…

TERIMA KASIH DRIVE BAS…SAYA SUKA KAMU……..

4 ulasan:

eelobor said...

entri yang lahir dari hati yang tulus. amat menarik sekali entri nie, saya suka sangat2

Kalamhati said...

nostalgik..driver bas sentiasa sinonim dan dekat di hatimu Ayu..=)

Unknown said...

Hati2 Pandu Bas Yer Ayu...Hehehehe

Sis Lin said...

dgn bas juga dulu ke hulu ke hilir gi sekolah..terima kasih abng driver bas...hehehehe
kena yg pok cik bawak..x suke sbb lambat sampai gi sekolah..hahahaha